Hah hah
Submitted by tokchuk on Fri, 10/19/2012 - 07:32
s1. Kali ini saya nak tanya 1 hal wak! Amacam! Ready?
j1. Ready!
s2. Saya berbual dengan seorang kawan saya lebih kurang seperti ini:
"Semalam awak pergi mana? Tak nampak pun!" saya kata.
"Hah?"
"Semalam tak nampak! Engkau pergi mana?" saya ulang semula.
"Aku balik rumah."
"Apa pasal?" soal saya lagi
"Hah?"
"Ada apa berlaku?" saya soal
"Apa berlaku?" dia pula soal saya balik. Begitu terus menerus. Setiap kali saya menyoal, jawapannya datang lewat ....
Yang jadi soalan saya ialah: apa yang wak boleh komen tentang perbualan itu?
j2. Oo! Aku rasa, kali ini engkau pula nak kenakan aku. Inilah namanya: menguji kefahaman. Aduh! Walau apa pun biar aku komen.
Ini perbualan apa? Tapi yang saya terdengar apasal selalu dia kata "Hah hah hah!". Dia tu dengu ke?
s3. Entahlah saya pun tak tahu. Tapi saya rasa dia tu tidak pula seperti wak kata. Ok! Biasa je.
j3. Aku rasa: inilah yang dikatakan - orang yang tidak mahu menyelidik dan megamalkan kesempurnaan dan kecantikan.
'kan Allah dah kata nabi kita itu seorang manusia yang paling lemah lembut, behemah tinggi, beradab dll semua yang baik2.
Kenapalah kita tak mahu mengikut contoh itu. Setelah diberi petunjuk kita buta.
OK! Pendekkan cerita. Beginilah!
Bila bercakap tu biarlah beradab. Perkataan "Hah hah" perlu dielakkan. Sebab
1. bunyi macam kesat.
2. Orang yang dengar boleh label kita sebagai dengu.
3. Orang itu macam tak ada budi bahasa.
Ingat2lah benda seperti akan dapa balasan dari Allah. Ia akan ditimpakan pada kita nanti? Jadi cakaplah pada kawan engkau tu termasuklah kita ini sama - cuba kita berlatih bercakap dengan penuh adab sopan. Mula2 berlatih. Kemudian berdoa mohon kepada Allah supaya cantikkan kata2 kita. Apabila mendengar orang bercakap kita nilai pula yang gaya itu baik ke atau tidak! dll ...... tak perlu aku nak bercakap panjang lebar ... fikir sendiri le ...
Categories:
