harap dan doa...

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

Man: Wak! Saya nak dengo sikit tentang pandangan wak pasal - "kata2" dan "kepemikiran" orang2 kita sehinggakan sekarang ini yang saya rasakan semacam kita ini dipermain2kan sahaja dengan tidak ada sesuatu pun yang konkrit!

Wak: Apa yang kau cakapkan ni hah? Aku tak faham langsung! Ada - "kata2" ada "pemikiran". Leh! Apa yang sebetulnya yang engko nak cakap ni hah!

Man: Bayangkan begini wak : "Harap2 besok tidak hujan. Kerana saya hendak berjalan jauh". Cuba wak cakap ini apa?

Wak: Leh itu harapan! Sebab adanya kata "harap2"!

Man: Satu lagi: "Minta2 hari ini aku mendapat rezeki yang halal dan baik!" Hah - ini apa pula wak?

Wak: Leh! Itu pun "harapan" juga!
Apabila kita mengharapkan sesuatu itu berpihak pada kita atau apa2 ler - itu semua jadi "pengharapan". Maknanya "kalo boleh..." "bio yang disebut itu berpihak kepada ...." Macam lepas exam engkau pun kata : "Minta2 ler dapat gred yang baik" Tapi fikir balik! Masa menjawab soalan dulu - betul ker apa yang engko tulis. memberi faham tak pada examiner! Atau lama sebelum exam itu pun. Ada engko duduk dalam berhari2 membina minda engko. Menguatkan ingatan engko. Kira2 "persediaan" itu siap betul2 ker?

Man: Ini datang lagi satu pengharap! "Ya Tok Nenek. Tumpang! anak cucumu nak lalu!" Hah yang ini apa nak kata wak?

Wak: Ini jadi "permohonan, permintaan". Kalo engko pergi ler ke rumah datuk nenek engko. Bila nak berlalu dari depan mereka. Sebut ler begitu tanda nak menghormati orang tua tu. Kita kena tunjukkan adab sopan kita yang baik. 
Tapi ada setengah orang - ini semasa aku kecik2 dulu. Bila masuk ke semak2 ke hutan2 kecil. Kita dianjurkan supaya menyebut gitu juga. Tapi sebetulnya pada aku - ini tidak digalakkan. Sebab ada unsur2 syirik!

Man: Wah. Ini nak jadi cerita panjang tak wak!

Wan: Dalam kes "mintak2 aku kaya dikemudian hari supaya aku dapat berderma kepa orang lain!". Ini Namanya "harapan" atau "kalo2..."Probability". Soalannya : engko bercakap dalam hati engko? Engko tujukan pada siapa hah? Kepada - kepala hotak engko? Apa yang dia boleh buat. Cuma secara fisikal. Hotak pemikiran engko itu cuma memperoses fikiran engko dan mempengarui emosi engko! Atau yang setarafnya.

Man: Iyer. Baiiiik... wak

Wan: Bila kita fikir panjang2. Bernasib baik ler kita kita dah tergolong dalam golongan orang islam. Maka setiap pengharapan permohonan mesti dimulai konon2 macam ini:

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم - sebut ini dulu. Sebab musuh hidup kita ada iblis dan setan.

بسم الله الرحمن الرحيم - kemudian yang ini - menguatkan kita bahawa hidup mati kita hanya bergantung pada Allah semesta alam. Dia yang mestinya kita ingat setiap saat setiap minit setiap hari sepanjang hidup.
Maka bila terdetik saja sesuatu dalam hati - yang kita maukan sesuatu untuk diri kita atau yang lain. Macam : "Harap2 besok tidak hujan. Kerana aku hendak berjalan jauh"
Kita kena berlatih menyebut seperti ini: 

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah ..... - baru ler untuk sertakan dalamnya "Harap2 besok tidak hujan. Kerana aku hendak berjalan jauh". Itu yang diajar oleh nabi kita! Kia sentiasa mengingat Allah. Dan hanya tujukan harapan pada Allah. Maka jadi ler ia kategori doa.
Kita jadikan ini sebagai apa yang ustaz2 kita sebuk  - berdoa berdoa berdoa! Pada aku doa itu "harapan" dan "permohonan". Dan pengharapan itu hanya yang boleh mengkabulkannya hanya ler Allah. Sebab quran pun kata ...

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ “Cukuplah Allah bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.
 
Hah ini ler pengangan orang yang mengaku mukmin.

Man: Jadi - maknanya wak! Bila ustaz2 berkata: Berdoa lah...
Kita mesti ingat bukan setakat hafal doa2 yang belambak2 tu. Tetapi bila sahaja kita mengharapan sesuatu.. tokok ler 3 perkara di atas tadi:


اعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah - ...
baru ler cakap apa yang kita harapkan.
Gitu tak wak?

Wak: Iyer!. Kalo engko terlintas apa2 saja yang pengharapan - buat ler begitu sampai mati. Okey!

Man: ان شاء الله

Wak: خلص

لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah

سبحان الله
- maha suci Allah

والحمدلله
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah

والله أكبر
- Allah amat besar

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi

25/05/06