Hujan dengan pokok2

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم [Kesejahteraan ke atas kamu] wak!

Wak: وعليكم السلام [Dan ke atas kamu juga keselamatan] - engko!

Man: Wak! Sekarang ni kan dah musim hujan.

Wak: Maknanya?

Man: Banjir sana sini. Pokok tumbang sana sini.

Wak: Buat ler precaution.

Man: Ini yang saya nak cerita ni wak!

Wak: Tentang?

Man: Hujan dengan pokok2. 

Wak: Dahan patah - pokok tumbang - hempap kereta - rumah.

Man: Makanya - saya rasa - Majlis Bandaran kena buat kerja sendiri ler. Lambat kalo nak tunggu buat mesyuarat - bukak tender - buat pemilihan - buat mesyuarat - buat pengesahan .

Wak: Eleh majlis mana2 pun akan bermesyuarat tak sudah2. Nak buat sendiri - nak bukak tender sama jer tak?

Man: Ikut kan saya wak. Majlis - kena ler hidupkan group alam sekitar sendiri. Buat group pekerja. Beli mesin2 perun pokok. Mesin shredder. Mesin cabut tunggul2 pokok. Jalan hari2. Tentu pokok2 sepanjang jalan cantek2 dan tak akan membahayakan orang dan harta benda. Insyaallah!

Wak: Habis bila dah ada alat2 - dah ada orang2nya - bila habis kerja - terngnga - melepak.

Man: Eleh kerja mana akan habis wak. Mesti ada jer nak buat. Apa2 pun - kalo apa2 pun - boleh disewakan kemajlis2 yang dekat2. Mesti boleh tu.

Wak: Habis kalo semua pokok2 beso dah cabut. Nak juga kena tanam semula yang baru.

Man: Hohohoh. Kalo gitu - sambil itu - kena adakan pula kawasan nursery pokok2 pulak. Tanam dan besokan pokok ganti. Mana2 yang dah ditebang - sulam pulak dengan poko yang baru. Kalo poko yang baru tak subor - sulam lagi dengan yang lain. Kemudian jaga sepanjang hari. Supaya hidup segar dan cantik.

Wak: Iyer. Kan kita ini manusia. Kita disuruh menjaga dunia. Kalo harapkan jin - mungkin cuma dialam khayalan - gitu. Kita tak nampak!

خلص

استغفر الله العظيم

لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah

سبحان الله
- maha suci Allah

والحمدلله
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah

والله أكبر
- Allah amat besar

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi

241013