Jangan membazir!

Man: Bismillah
Wak: Bismillahir rahmanir rahim
[dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
Man: Saya terfikir wak! Takke boleh masjid2 salurkan air yang sudah digunakan untuk wudu' dimasukkan dalam satu penadah dan air ini nanti boleh buat jirus segala macam pokok2 disekeliling masjid? Pokok bunga ke, pokok buah2 ke? Dari dibuang sahaja masuk kedalam parit. Kita cuba manfaatkan!
Wak: Memang baik tu. Tapi siapa nak buat ni. Kerja banyak ni. Duit pun banyak.
 
Man: Tak tahule. Nak kena cerita dengan Nazir masjid dulu nampaknya. Lepas itu nampaknya kena sponsor pula. Ooo
Wak: Entah! Aku rasa pun gitu le kena le engkau sponsor. Aku ini dah berkurang duit. Dah tak tersponsorle nampaknya. Bagi kerja guna tulang 4 kerat aku ini mungkin boleh ...
 
Wallahua'lam