Janji ditepati ...

Man: بسم الله
Wak: بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
Man: Wak! Tadi saya pergi kerumah seorang tu. Sebab saya sampai sebelum dia balik, jadi saya tunggu le diluar rumahnya. Rasa2 wak, apa ke yang saya nak cakap ni?
Wak: Allah sahaja  yang tahu.
 
Man: Gini wak! Dalam kawasan rumah kita, kita le yang tanggung. Tapi diluar boundary rumah kita kuasa majlis bandaran le yang jaga.
Wak: Sahih!
 
Man: Sahih apanya wak! Saya tengok parit besar diluar rumahnya pecah2. Batu2 dah jatuh. Ini boleh menyumbatkan aliran air. Bila hujan lebat, amacam? Tak ke tersumbat. Melimpah le air. Jadi le banjir kecil.
Semak2 dah naik. Tak berpotong. Tak ke menyemakkan mata memandang.
Jadi apa ke hal nya? Bayaran tahun2 diminta. Lebih2 lagi masa macam ini. Lay gile bandaran keluarkan surat minta cukai dibayar. Tapi kerja berkenaan tak juga berbuat.
Collect duit bukan main cepat, tapi - makan tidur, makan tidur. Apa nak jadi pada majlis bandaran ni?
Wak: O bidang kuasa majlis bandaran rupanya. Eleh dia pun tak cukup duit juga macam kita.
 
Man: Tapi kita tak boleh kata gitu wak! Kalau kita dah berjanji nak berkhidmat, dengan apa cara sekali pun mesti kita tunaikan dan jalankan. Jangan main sedap mulut cakap je. Ini maknanya ada point nak masuk neraka jawabnya ...
Wak: o tak tahu le aku nak cakap. Mereka ini dah jadi kelaku kafir semua. Mari le kita berdoa ... ya allah jadikanlah kami ini golongan yang berjanji dan mampu menunaikan janji dan peringatkan le apabila kami terlupa ....
 
 
والله اعلم