Jawi - 1
Submitted by tokchuk on Wed, 04/13/2016 - 09:42
Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Man: Wak! Agak2nya le wak.
Wak: Hmm....
Man: Sementelah-le wak ni tengah mengajo bahasa arab. Boleh ke wak selitkan sikit tentang jawi pulak wak?
Wak: Leh! Kesitu pulak ni! Rasa aku le. Setakat yang engko dah tengok pada bahasa arab sepatutnya engko dah boleh adapt-kan ke-jawi.....
Man: Eh! mana mungkin wak. Jawi dan arab beda wak!
Wak: Eh! Indon mana pulak ni....
Man: Heh heh....
Wan: Hmmmm..... Aku rasa juga-le. Kalo tak salah. Masa intro bahasa arab dulu aku ada selitkan kaedah jawi.... lupa ke engko...
Man: Kan ulang-mengulang tu menguatkan otak!
Wak: Kalo gitu gini-le.
Intro
- Jawi menggunakan huruf2 arab
- mengeja satu2 pekataan mesti ada huruf saksi "a" "i" "u"
-- "a" guna huruf "alif"
-- "i" guna huruf "ya"
-- "u" guna huruf "wau'
Jadi mengeja "saya" mesti kita fikirkan 2 potong kata:
sa = سا
ya = nanti melayu tak cakap "yah" tapi "ye" aje. Bukan Indon. jadi...
ye = ي tanpa bubuh "alif"
maka
saya > saye = ساي
Gitu juga "nama". Bukan sebut "namah" tapi "name" jadi:
nama = name = نام
Man: Maka jadinya:
bila ada bunyi "ah" kena tulis "huruf" + "alif"
bila bunyi "ih" tulis "huruf" + "ya"
bila bunyi "uh" tulis "huruf" + "waw"
kemudian
bila bunyi "er" "huruf" itu aje tanpa huruf saksi....
seperti "kerja" > "kerje" = كرج
Wak: Leh kan senang... Dah dapat pun engko
Ok aku nak test engko....
- Saya nama Muhammad
Man: Muhammad nama arab kita pinjam je le tulisan dia. Jawi tulis ini macam:
- نام ساي محمد
Wak:
Sambung sikit lagi. Cuba engko tulis
- Nama saya Muhammad. Bekerja di pos opis.
Man:
نام ساي محمد. بكرج دي فوس اوفيس
Wak: "Nama saya Muhammad" - betul. "Bekerja" - betul. Tapi "di" tak boleh eja " دي " sebab pattern ini dikhaskan untuk "dia"
Man: Habis...
Wak: taruk "dal - د " aje.... cukup!
Man: Ok!
نام ساي محمد. بكرج دفوس اوفيس
- pass?
Wak: Ok..
Man: Cuba tengok ini pula.
نام ساي محمد. بكرج دفوس اوفيس. روماه ساي جاوه. ماك كن نايك باس تيياف٢ هاري
Wak: Nanti kita baca perlahan2.....
Nama saya Muhammad. Bekerja dipos opis..... ini dah tengok. No hal le.
روماه > "ru-mah". Tapi ejaan rumah kita dah buat seperti ini: رومه = buang "alif"
ماك > bunyi betul "ma-ke" tapi dah biasa dieja " مك " jimat huruf.
كن > bunyi betul "kene" tapi ejaan biasa " كنا " bunyi "kenah" apasal-le aku pun bingong...
باس > pun bunyi betul tapi ada yang tulis " بس "
تيياف٢ > ini pun eja ikut bunyi tapi biasanya ditulis " تيف٢ " banyak save huruf ooo....
Man: Jadi maknanya kalo bantai je ikut bunyi pun boelh juga le wak.
Wak: Boleh tapi sedapat2nya pakai mana2 yang biasa orang dulu tulis.
Man: Ini pembetulannya!
نام ساي محمد. بكرج دفوس اوفيس. رومه ساي جاوه. مك كنا نايك بس تيف٢ هاري
Wak: Boleh pakai-le engko ni kali ini. Ok berhenti dulu ye sambung bila senang.....
Ya Allah terangkanlah hati kami dalam segala urusan pelajaran....
الله اعلم بالصواب
Categories:
