Jumaat yang penuh rahmat dan berkat
Submitted by tokchuk on Sun, 09/19/2021 - 22:40
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا - ahlan
Man: اهلًا بِك - ahlan bik - Yaa Wak!
Amacam ni wak!
Wak: Amacam apa nama?
Man: Ini le wak. Tentang sembahyang Jumaat lagi....
Wak: Hah! Dah boleh penuhi masjid ke kita?
Man: Belum lagi wak!
- Menteri Ugama senyap.
- Mufti2 pun senyap!
Sampai ada yang viral sembahyang diluar pago aje.

Wak: Leh! Molek le tu.
Kalo gitu. Mari kita ramai2 sembahyang di luo pagar masjid. Siap le bawa tiko le. Atau plastik tebal sikit. Buat alas sejadah. Tak usah letak sejadah terus atas tanah. Jaga sikit kebersihan sejadah. Mana le tau ada najis ke ditepi2 pago tu.
Man: Ye! Boleh le kita pakat2 ye wak.
Wak: Ye. Mari le ramai2 pergi. Sekurang2 kita nak tunjukkan yang kita dah terlalu lama nak sembahyang Jumaat. Tapi tak dapat kota. Orang dah ramai sangat!
Man: Ye le wak.
Tapi kesian pulak pihak masjid. Mereka terpaksa ikut arahan entah munafik mana tu. Hanya boleh benokan sejumlah jemaah yang terhad aje. Walaupun masjid sebeso2 masjid.
Itu le yang pihak masjid buat. Bila cukup je kota. Pagar kena kunci. Tak merasa le yang lain masuk. Walaupun tak penuh pun masjid. Pulak tu dalam kompaun masjid pun tak boleh.
Kena fain nanti. Giler le pihak masjid nak tanggung!
Wak: Ye! Luo pago pun. Luo pago je le.
Man: Yang terkilan tu.
Polis yang nak fain tu bukan ada perasaan. Ikut undang2 bebeno. Entah2 dia tu pun tak sembahyang. Melak. Allah dah tarik perasan insaf dalam hati masing2. Dah berkarat dah!
Leh satu lagi.
Bila viral orang dah mula sembahyang diluo pago. Leh keluo le pulak ustaz2 yang memberi fatwa. Tak sah sembahyang diluo pago yang berkunci.
Wak: Jemaah yang sembahyang diluo pago tu. Boleh ke orang diluo tu nampak jemaah didalam mesjid berjumaah?
Man: Mesti le nampak wak!
Wak: Habis apa masalah?
Man: Ustaz sewel tu memberi fatwa. Gate mest terbuka. Kalo tak tak sah sembahyang berjemaah!
Wak: Tadi engko juga kata. Kalo gate terbuka. Ada yang masuk dalam kompaun. Karang kena fain amacam! Kesian le sikit pihak masjid.
Man: Memang le ustaz2 tu. Tak langsung nak galakkan orang ambik peluang sembahyang dalam apa keadaan sekali pun. Nampak gaya. Macam nak menghalang pulak. Habis tu. Siap boleh kata. Pintu gate mesti terbuka baru sah sembahyang Jumaat!
Wak: Eleh!
Kata le dalam masjid tu sendiri.
Biasanya jantan sembahyang depan. Betina dibelakang tabir. Tertutup tutup liput. Mana ada pintu pun. Sampai kan. Macam sembahyang berdindingkan langsir je. Pulak tu tebal nak mati!
Hah ini sah pulak!
Ini pago jaring besi je. Apa le punya ustaz le tu. Ada ke mereka baca banyak pendapat2 dari semua mazhab ke? Datangkan le bukti. Listkan panjang2. Macam tulis jernal. Dengan referens berjela2.
Tapi pada aku le. Sembahyang je le diluo pago ramai2. Mudah2an orang atas terasa insaf. DAn yang penting. Bio Allah turun berkat dan rahmat pada umat islam dalam keadaan korona ni. Takkan tak nak?
إنا لله وإنا إليه راجعون - innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun
- sesungguhnya kami dari Allaah dan sesungguhnya kembali kami kepadanya
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله - wa laa ilaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi
Categories:
