kawan dengan jin dosa beso ke?

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
 
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
 
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
 
اهلًا - ahlan
 
Man: اهلًا بِك - ahlan bik - Ya Wak!
 
عيد مبارك - eiid mubaarak. Yaa Wak!
 
Wak: عيد سعيد - eiid sa'eiid
 
Man: Wak! Lama dah saya teringin nak tanya wak benda ni. 
 
Tapi. Kadang. Memang saya dah ingat. Tapi sengaja saya delay-kan. Akhirnya. Saya sendiri terlupa. 
 
Kadang tu. Memang betul2 saya lupa. 
 
Hari ini saya cekalkan hati. Terus nak tanya wak ni.
 
Wak: Tapi aku rasa. Lupa tu. Ada beberapa perkara yang menyebabkannya:
- memang! kita ni jenis pelupa
- dah Allah embedded-kan dalam diri benda lupa tu
-- macam. kita hafal2 sesuatu. tapi tak lekat 
-- ini jenis benak
-- jenis ini. kena ada sesuatu yang perlu membantu kita mengingat
-- mungkin kena ada notebook
-- mungkin ada orang yang sentiasa mengingatkan kita
- kemudian mungkin juga kita ni dilupakan
-- siapa yang melupakan kita?
-- Setan!
-- maka baca le sekerap mungkin: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 
Man: Bila wak cakap panjang2 begitu. Naik lupa pulak saya. Apa ke benda yang nak saya tanya wak tadi tu hah!
 
Wak: Ok ok ok. Sorry! Teruskan dengan soalan engko.
 
Man: Soalannya: Banyak ustaz2 yang saya dengo. Kata. Jangan berkawan dengan jin. Sebab itu haram!
 
Wak: Yang haram. Belajo sihir. Ilmu ghaib yang memporak perandakan manusia lain.
 
Man: Apa maksud wak. Tak clear.
 
Wak: Pendekkan cerita yang akan jadi meleret2. Aku terus pada point-nya:
 
Nabi Sulaiman tu hebat. Boleh kawal apa pun. Jin pun disuruhnya buat masjid Aqsa? Ye ke?
 
Habis. Apasal Nabi Sulaiman boleh berkawan dengan jin.
 
Man: Tapi dia lain wak. Nabi lagi. Allah lindungi dia. Tuhan pimpin dia.
 
Wak: Tentang Nabi Sulaiman. Allah dah pun sebut dalam quran. Dia bukan kafir. Tapi setan2 itu le yang kafir. Pasal? Setan mengajo sihir. Sihir yang memporakk perandakan antara manusia.
 
Man: Allah buat dia kuat iman wak.
 
Wak: Sebetulnya. Nabi Sulaiman ada ilmu yang boleh kawal macam2. Sampai. Dia pandai mengawal dirinya pun.
 
Tengok. Macam Nabi Ayub. Sanggup mengawal diri bila mengidap sakit yang berpanjangan. 
 
Tapi lain pulak dengan Nabi Yunus. Cepat mengalah. Langsung ditelah paus. Yang kemudian. Dia bertaubat. Dan memperbaiki dirinya.
 
Berbalik pada soalan engko. Boleh ke berkawan dengan Jin? Haram? 
 
Kalo haram Nabi Sulaiman amacam? Mesti Allah dah tegur. Tapi oleh sebab hatinya suci bersih! Hingga Allah biokan Nabi Sulaiman kawal Jin buat masjid.
 
Man: Jin jahat. Nabi Sulaiman boleh pulak kawal Jin ye? 
 
Hmmm. Boleh tak sama kan. Kerah banduan buat jalan. Banduan tu kan kita kira jahat!
 
Wak: Lebih kurang juga tu tak. Maknanya. Bukan Jin je yang jahat. Manusia pun setan juga. Habis manusia kita boleh kawan. Makhluk Allah juga pun.
 
Man: Jadi kesimpulannya. Kawan dengan Jin. Setan manusia tu boleh le bagi orang ada ilmu. Asal jangan kita pulak dikawal oleh jin atau manusia setan. 
 
Wak: Yang ustaz2 bercakap. Jangan kawan Jin. Sebab dia nak senang cakap. Dia ambil pukul rata je. Jangan kawan. Haram. Dosa. Tak masuk syurga nanti!
 
Man: Wak kata main pukul rata! Ini bunyi macam buat lockdown. Bantai satu Malaysia je. Pada hal ada tempat2 yang betul2 lubuk korona. Ada yang kawasan bebas.  Apasal tak tuju lubuknya tu ye!
 
Wak: Agak2. Macam itu le. Tak nak fikir lebih. Nak senang.
 
Ingat le. Nak masuk syurga tu. Macam nak exam juga. Ingat boleh gitu2 je. Hafal ini itu je. Lepas?
 
Aku rasa engko pun dah boleh fikir sendiri kan? 
 
إنا لله وإنا إليه راجعون
 
استغفر الله العظيم
 
لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah
 
سبحان الله
- maha suci Allah
 
والحمدلله
- pujian kepada Allah
 
ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
 
والله أكبر
- Allah amat besar
 
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
 
إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi