Kenakan Rival ...

Man: 
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
Wak: 
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
 
Man: Tahu tak wak, majlis bandaran kita ni rupanya tak berfikir bila menjalankan tugas yang diamanahkan padanya dengan saksama.
Wak: Mashaallah, kenapa engko kata begitu?
 
Man: Contohnya begini!
Wak: Ok
 
Man: Dulu dalam Subang Parade ada Parkson. Dalam Parkson ada le supermarket jual barang2 basah, macam: sayur2, ikan, daging, ayam, keperluan dapur dan termasuk le baju2.
Wak: Ok
 
Man: Tiba2 majlis bandaran luluskan Carrefour dibuka sebelahnya.
Wak: Ok, ikut rezki le. Siapa pandai berjaya le dia.
 
Man: Pendekkan cerita, bahagian keperluan dapur Parkson tutup. Tinggal le bahagian baju2 aje!
Wak: O menangis le Parkson! Tapi itu le adat berniaga. Berlawan sesama mereka.
 
Man: Sekarang beberapa tahun kemudian, Carrefour diambil alih pula oleh Eon Big! Tak tahu le apa le akan jadi kemudiannya.
Wak: Begitu le jatuh bangunnya perniagaan.
 
Man: Tapi yang saya tak sedap tu, orang majlis tu banyak yang islam. Cuba le buat satu peraturan jika sudah ada supermarket jangan benarkan satu lagi supermarket terlalu rapat. Supaya perniagaan satu dengan lain tidak terasa sangat.
Wak: Tak tahu aku tapi mari le kita berdoa ... Ya Allah jadikanlah umat islam ini peka kepada kehidupan manusia sekeliling. Janganlah jadikan kami kerja ambil nama kerja sahaja, tanpa berfikiran panjang atas kehidupan sesama manusia. Jadikanlah kami suka membentuk kehidupan yang harmoni, ya Allah ....
 
والله اعلم