Kipas pula

Man: بسم الله
 
Wak: بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
Man: السلام عليكم
 
Wak: وعليكم السلام 
 
Man: Wak! Saya nak tanya. Apasal le kipas angin saya tu selalu aje tak mau jalan? Takkan nak beli baru je.
 
Wak: Berapa lama dah pakai baru dia buat ragam?
 
Man: Baru2 dulu ok. Ini dah berapa taun jadi sewel pula dia.
 
Wak: mmm
 
1. masa baru, memang le semuanya ok, lain le kalo Made in Hong Kong.
2. tapi biasanya, lepas setaun dua jadi le masalah.
 
Ini memang kehendak Allah. Dia sentiasa memberikan sesuatu supaya kita beringat, berfikir dan bertindak . Walau apa pun, aku kira ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara itu berlaku. Aku nampak macam ini
 
1. kita kan tahu, kan kita ni jenis rajin! rumah kita banyak habuk, jadi habuk2 halus itu masuk le dan terselit dicelah2 dalam kipas tu.
 
Jadi cara mengatasinya ialah, bila nampak je dah macam jadi sewel je, maka bukaklah kipas itu dan sembur le dengan WD40 terutama pada bearing2. WD40 ini juga boleh juga membersikan passage2 motor untuk dia berpusing.
 
Man: Eh Wak! tak short ke nanti?
 
Wak: Minyak bukan conductor bagi elektrik. Itu sebab dalam tranformer beso2 kalau engko pergi dekat sub-station TNB, engko boleh nampak transformer dia terendam dalam minyak. Nak tahu lebih lanjut apasal google je le.
 
Man: O wak pun pandai google juga? mmm ... Saya sendiri tak tahu! 
 
Wak: Kan Allah juga dah kata:
 
iraq! bismirabbikal lazi khalaq
 
iraq = baca!
bi smi = dengan nama
rabbika -l = tuhan engkau
lazi = yang
khalaq = menjadikan
 
iraq = baca, baca, baca... jangan lupa ada je peluang baca. Yang bertulis ke, atau yang tak bertulis ke. Janji baca, baca, baca atau kaji, kaji, kaji, research le ...
 
Ya Allah jadikan kami ini dari kaum yang kuat membaca dan mengkaji. Dan selepas mendapat hasil disebarkan pula supaya lain lain memdapat faedahnya. Bukan sahaj membebel tanpa fakta, tanpa rujukan. Main pakai sebut je. Ya Allah ubah le kami dari yang malas kepada yang rajin. Yang jelas, biarlah kami ini bermanfaat kepada sesama kaum kami terutamanya ....
 
الله اعلم بالصواب