Kipas!
Submitted by tokchuk on Wed, 10/31/2012 - 07:42
Man: Bismillah ...
Wak: Bismillahir rahmanir rahim
Man: Saya nak tanya wak! - saya perhatikan bila ada sederet kipas angin tergantung ada kalanya 1 atau 2 daripadanya tidak seligat yang lain. Apasal wak?
Wak: Nak menjawab masalah ini kenalah ada urutan. Seperti:
1. kipas 'tu dah tua?
Man: Tidak wak! Kipas2 tu dibeli pada masa yang sama. Jadi semuanya sama umur. Masalah yang 1 2 itu je yang lambat.
Wak: O kalau 'gitu:
- yang dah pusing lambat tu dah sampai umur dulu. Macam kita juga - mana nak tau bila kita nak mati. 'Kan tak semua orang umurnya sama.
Man: Lain dari itu wak?
Wak:
2. Kita kena tahu sedikit tentang kejadian kipas tu pula.
- semua kipas ada "control/regulator"-nya. Biasanya kalau semua diset pada maksimum. Jadi cara tak langsung regulator tu tidak digunakan. Kerana AC akan terus ke kipas.
3. Kipas tu motor
- jadi dia ada 2 bahagian "magnet buatan". Interaksi antara keduanya membuatkan pusingan. Pada ketika baru kedua2 bahagaian magnet masih segar bugar. Bila dah lama salah satu daripadanya menjadi lemah. Bagaimana dia lemah Allah sahaja yang mengetahui.
Man: Jadi apa yang perlu dibuat?
Wak:
1. Kerja mudah: beli baru dan tukar
2. Kerja rumit: susurlah setiap bahagian dan tukarlah mana2 yang berkenaan sahaja.
Jadi diantara 2 ini pilihlah mana2 yang patut.
Tapi kalau ikut aku kepada siapa yang hendak kerja menyusur masalah aku rasa baiklah diberikan pada budak yang kita latih. Nanti adalah hak masing2 membuat kerja didalam dunia ini. Dan jadilah setiap orang adalah kerja masing2.
Wallahua'lam
Categories:
