klaster mesjid?
Submitted by tokchuk on Fri, 11/05/2021 - 22:16
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا - ahlan
Man: اهلًا بِك - ahlan bik - Yaa Wak!
Wak! Rasa2 saya le. Hari ini le. Bermula le Solat Jumaat dengan kadar jarak 1 meter. Sebelum ini 1.5m!
Wak: Maknanya apa engko?
Man: Secara mudah cakap!
- Jumlah kapasiti masjid. Sepatutnya sudah boleh mencapai 50%.
Tapi> Tengok le masjid mana yang berani. Rapat2kan lagi sikit. Setakat setengah dari yang dicadangkan tu. Melak lagi baik. Maka. Ramai lagi le yang boleh datang sembahyang. Apa taknya. Dua tahun dah kita dilarang pergi masjid.
Wak: Ye. Alhamdulillah.
Maka. Diharapkan. Bertambah ramai le orang. Boleh sama2 mendoakan akan kesejahteraan dan kebaikan. Dan jauhi dari segala kejahatan. Bio kejahatan akan merasa padahnya. Yang selama ini. Konon mereka le berkuasa. Pada hal Allah lebih beso. Lebih berkuasa. Jika Dia hendak menyelamatkan orang beriman. Tidak sesiapa yang boleh menghalang!
Man: Apa maksud wak ni?
Wak: Orang2 yang melarang kita masuk masjid hari itu. Aku rasa le. Bukannya dari pihak yang betul2 rasa kecik pada Allah. Orang betul2 bertaqwa. Orang yang faham akan kuasa Allah.
Gini je le.
Mulai hari ini. Mari kita tengok. Atau cuba kita kaji.
- Dari yang hadir dimasjid tu.
- Berapa orang ke yang betul2 kena korona ni?
- atau yang kena tu klaster bukan dari masjid?
Kemudian kaji:
- kalo le ada klaster masjid
- berapa dari klaster masjid tu yang mati
- betul2 mati kerana korona
- Tengok angkanya.
- Dan buat le kesimpulan.
- Kalo nombornya kecik.
- hah mari kita pergi jeritkan pada PM.
- mana bukti mereka?
- mana angka mereka?
Man: Hohoho. Pihak masjid kena demand angka kluster masjd pulak. Ini baik ni wak! Baru kerajaan paham betapa salahnya memberi nasihat yang tidak langsung mengutama kuasa Allah. Pada hal Allah dah cakap. Kalo bukti tak ada. Berserah je le pada Allah.
Wak: Tak tahu le engko. Ada ke sesiapa yang berani ni...
إنا لله وإنا إليه راجعون - innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun
- sesungguhnya kami dari Allaah dan sesungguhnya kembali kami kepadanya
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله - wa laa ilaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi
Categories:
