Komputer 4

سم الله الرحمن الرحيم
 
Komputer 4
 
Sistem binary 2
 
Ulangan tentang 'bit'.
 
S1. Apakah maksud 'address bus' mengandungi 4 wire?
J1. Jika dipandang 'address bus' secara fizikal, ia sebenarnnya mengandungi segumpal wire. Dalam gumpalan ini terdapat 4 wire. Dan setiap wire ada namanya sendiri.
 
S2. Masa sekarang kita tidak nampak pun gumpalan wire pada motherboard PC, bagaimana ini berlaku?
J2. Teknologi berubah. Dari gumpalan wire, sekarang dijadikan wire2 itu sebagai copper track pada motherbord. 
 
S3. Kenapa Wire2 atau track2 kena beri nama?
J3. Untuk mempastikan track2 itu untuk apa:
 
Contoh:
Jika kita ada address bus bagi 4bit, kita namakan setiap satu:
Bit4, bit3, bit2 dan bit1 atau tulis sahaja:
b4, b3, b2 dan b1
 
tapi kalau kita tulis semula seperti berikut, ia lebih mudah untuk diingati nanti. Jadi namakan semula dengan:
bit3, bit2, bit1 dan bit0 atau
b3, b2, b1 dan b0
 
S4. Kalau kita ada 2 bit, berapakah banyak nomborkah yang kita akan dapati?
J4.
 
1. mula2 namakan bit dengan: b1 dan b0
2. b1 dikiri dan b0 dikanan
3. mari kita tulis seperti dibawah
4. kemudian kita kira berapa baris nombor yang kita jumpa
 
b1 b0   nilai
0   0 = 0
0   1 = 1
1   0 = 2
1   1 = 3
 
Yang jelas, kita ada 4 susunan!
 
Kemudian kita boleh juga nampak:
disebelah kiri kita kata itu nombor dalam bentuk 0 dan 1 sahaja. Kebetulan ini dinamakan nombor sisitem binari
dan disebelah kanan itu ialah nombor yang kita guna hari2
 
Kaji:
Cara mudah mengingati nilai pada bit b1 atau b0 ialah dengan melihat pada b0=1 dan b1=1 [hidup sendirian], dan yang lain mesti 0 [kosong atau mati] 
 
1. Kaji dari susunan tadi
2. kita akan dapati bila b0=1 sendirian, ia diberi nilai 1
3. bila b1=1 bersendirian ia diberi nilai 2
4. kita buat satu kesipulan:
   a. bila b0 hidup, nilainya 1
   b, bila b1 hidup, nilainya 2
 
S5. Cuba cari nilai b2 kalau kita ada addess bus untuk 3 bit
J5. Kita buatlah dahulu susunan seperti berikut:
 
b2 b1 b0  nilai
0  0  0 = 0
0  0  1 = 1 #
0  1  0 = 2 #
0  1  1 = 3
1  0  0 = 4 #
1  0  1 = 5
1  1  0 = 6
1  1  1 = 7
 
Kesimpulan:
b0=1
b1=2
b2=4
 
Kaji:
perhatikan susunan diatas dan pandang hala kebawah pada setiap bit:
 
1. perubahan dalam b0 ialah 1 [atau 2kuasa0=1], iaitu dengan pattern 0, 1, 0, 1, 0, 1 
2. perubahan dalam b1 ialah 2 [2kuasa1=2], dengan pattern 00, 11, 00, 11
3. perubahan dalam b2 ialah 4 [2kuasa2=4], dengan pattern 0000, 1111
 
S5. Kalau kita ada 4 bit?
J5. 
1. buat susunan seperti dahulu
2. atau kita mula dengan nama bit b0, jadi kita dapati b3,b2,b1,b0
3, bit ke-4 ialah b3. Jadi nilainya ialah 2kuasa3 = 8
 
Kesimpulan:
Rupanya setiap kedudukan bit ada nilanya yang tersendiri seperti berikut
 
128, 64, 32, 16, 8, 4, 2, 1
 
Ini adalah nilai pada tiap2 bit dalam deretan nombor binary 8bit.
 
الله اعلم
Categories: