Kuasa (power)

 
 
Mengikut teori kuasa (power) diberi formula seperti berikut:
 
P (watt) = V x I --- (1)
 
Formula (1) diatas dibaca -- Kuasa P (watt - sebagai unitnya) adalah hasil daripada voltan V (volt) didarab dengan arus I (amp).
 
Pada asasnya kuasa akan menghasilkan haba pada perintang yang boleh pula mengubah nilai perintang semasa beroperasi. Pemilihan had kadar kuasa (power rating) perintang yang terkurang akan membuatkan perintang cepat terbakar.
 
Oleh itu setiap perintang bagi penguat seperti dipaparkan terdahulu adalah penting ia menepati had kadar kuasa yang tertentu.
 
cct
Rajah 1
 
 
Sebagai contoh perhatikan Rajah 1 diatas. Katakan pada pin 3 tiub EL84 voltan disitu setelah diukur didapati berada pada 11 volt. Arus yang melalui perintang 150 ohm pada katod pula dijangkan pada nilai 40 mA.
 
Ini bermakna kuasa yang akan menimbulkan haba adalah:
 
P = V x I
= 11v x 40 mA
= 440 mWatt
 
Oleh demikian perintang 150 ohm pada katod EL84 perlu dipilih dengan had kadar kuasa tidak kurang daripada setengah (1/2) watt. Sebagai langkah berhati2 bolehlah dipilih perintang yang mempunyai had kadar kuasa 2 kali ganda yang dikira seperti diatas atau 1 watt.
 
Gandakan langkah berjaga2 sebaiknya dengan memperhatikan keadaan perintang selepas penguat telah beroperasi beberapa lama agar tidak ada tanda terbakar padanya. Jika ini berlaku gandakan lagi had kadar kuasa yang telah dipilih sebelum ini.
 
Atau langkah mudah secara logik pastikan perintang yang digunakan tidak terasa terlalu panas untuk disentuh waktu beroperasi.
Categories: