LED

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
Semiconductor 2
 
Setelah mengetahui serba ringkas tentang ciri semiconductor maka marilah kita lihat pula pada salah satu aplikasi-nya. Iaitu: LED.
 
 
LED adalah singkatan dari - Light emitting diode. 
 
Ia dibina dari jenis p dan n-type yang kedua bahan itu di-sandwich-kan atau digandingkan atau di'kueh-lapiskan' atau apa2lah istilah yang patut. 
 
Apabila dibubuhkan bekalan kuasa yang betul. Bekalan POSITVE pada p-type atau sekarang disusahkan dengan namanya yang baru iaitu ANODE. Dan NEGATIVE pada bateri disambungkan pada n-type atau nama susahnya dikatakan CATHODE. Dengan keadaan ini maka LED akan menyala.
 
 
Ingat lagikah litar yang ditunjukkan sebelum ini? Rajah diatas adalah ulangannya.
 
Didalam rajah ini ditunjukkan bagaimana membuata kiraan:
 
- berapakah arus yang perlu lalu dalam litar
- berapakah nilai resistor yang patut disirikan dengan LED tersebut
- voltan pada V2 [LED]
- bekalan kuasa atau voltan pada supply atau bateri
 
Insyaallah pada masa akan datang akan diterang cara mengiranya.
 
الله اعلم بالصواب
 
Categories: