makanan rahmah - versi masjid pulak?
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا [ahlan - welcome]
Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome to you] Yaa Wak!
حسنًا [hasanan] Saya nak tanya wak sikit. Boleh?
Wak: Iyer! Abenda?
Man: Sekarang ni kan orang2 dah mula menyebut tentang : "makanan rahmah"
Wak: "Makanan rahmah"?
Man: Eleh makanan pagi ker petang ker atau bila2 masa jer. Janji boleh mengenyangkan. Ada khasiat. Ditujukan kepada sesiapa yang nak berekonomi. Tapi kosnya tidak melebihi 5 Ringgit!
Wak: Baik juga tu.
- pagi makan 5 ringgit.
- Tengah hari makan 5 ringgit.
- Malam makan 5 ringgit lagi.
Kendian - Kalo peniaga tu nak sekalikan dengan air minum ker. Ini lagi baik. Dah dikira - satu pekej complete.
Jadi: 15 ringgit sehari kali dengan 30hari hmmm... 450 ringgit juga tu. Hmmm...
Tapi kalo dikirakan selama ni. Gerai tepi jalan tu pun. Cas makan tengah hari biasa pun - kadang2 dah dekat 10 ringgit. Kalo bagi kita yang susah ini. Rasa2 tercekik juga!
Man: Memang ler. Sebelum timbul "makanan rahmah" ni jadi buah mulut orang. Kalo kita berjimat. Terpaksa ler makan maggi ajer ler wak!
Wak: Iyer! Rasa aku ler. Sebelum... Apa yang engko kata: makanan rahmah! Kita boleh juga catu makan - dengan makan roti canai kosong dan air suam. Mungkin tak sampai 5 ringgit tak. Tapi asyik nak cari kedai mamak ajer!
Man: Tapi wak. Selama ini. Kadang2 saya rasa terkilan juga wak.
Tak boleh ker bila Hari Jumaat. Pihak masjid. Pakat2. Buat "nasi kawah". Jual ler sebagai "makanan rahmah" - versi masjid pulak. Tak ler nak buat untung sangat dari segi wang ringgit! Tapi melak2 budak2 muda akan berkeroyok datang ke masjid untuk makan murah. Sambil2 itu boleh juga kita ajak budak2 tu sembahyang Jumaat sekali.
- menyelam sambil minum!
Wak: Ok juga tu tak? Pihak kena ambil perhatian! Buat ler perubahan sikit sambil buat kebajikan.
Man: Iyer. Itu cuba cadangan kita ajer wak! Mereka nak buat! OK! Tak buat. Terpulang ler. Takkan masjid pun tak nak buat "saham akhirat" yang selalu jadi slogan mereka!
Wak: Minta2nya ada ler perubahan dalam hidup kita kepada kebajikan. Iyer!
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi
Siri : 230303
