Malaysia boleh .... Malu apa boss
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا [ahlan - welcome]
Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome] Yaa Wak!
Wak: كل عام وانت بير
- kullu 'aam wa ant bikhair
- selamat hariraya
Man: كل عام وانت بير
- kullu 'aam wa ant bikhair
- selamat hariraya
Wak: Itu ucapan umum arab untuk hariraya.
Tapi sekarang. Dah jadi tren. Orang kita dah mula nak pakai ungkapan:
تقبل الله منا ومنكم تقبل يا كريم
- taqabbalal laahu minnaa wamingkum taqabbal yaa kariim
- semoga allah engkau terimalah dari kami dan dari kamu semua. engko terimalah wahai yang maha pemurah
Man: تقبل الله منا ومنكم تقبل يا كريم
- taqabbalal laahu minnaa wamingkum taqabbal yaa kariim
- Allah engkau terimalah dari kami dan dari kamu semua. engko terimalah wahai yang maha pemurah
Wak: الله يبارك فيك
- allaahu yubaarik fiik
- semoga allah memberkatimu
Man: الله يبارك فيك
- allaahu yubaarik fiik
- semoga allah memberkatimu
Ye le. Semalam. Tup2 hari Isnin - raya!
Wak: Ikut je le pada pihak yang berkuasa.
- Tak jadi masalah apa2 pun.
- Kalo beno. Baik le.
- Kalo silap. Mereka le yang tanggung.
- Kita ikut aje yang memerintah.
- Ini dah dikira patuh pada yang berkuasa.
- nak kirakan - yang berkuasa pun bukan sebarang2
- mesti ada ilmu
- mesti ada authority
Man: Maka saya pun tertanya2 juga le wak!
- Apa yang menyebabkan mulanya pihak2 itu kata - Selasa raya!
- ikut kelendar
Maka saya pun terjumpa butir2 berikut:
"Malaysia (JAKIM) menggunakan kaedah penglihatan dan pengiraan (Imkanur Rukyah) untuk menentukan permulaan bulan baharu."
Saya rasa :
- hah yang ini ok aje.
- Tak ada apa2 yang cacat
Kemudian mereka membuat formula atau specification:
"Awal bulan bermula:
- apabila bulan sabit baharu dilihat dengan mata pada waktu matahari terbenam
- atau, sekiranya terhalang kelihatan. Pengiraan akan diguna."
Hah yang ini pulak. Pun boleh diterima.
- Setelah manusia dah pandai membuat kira2.
- Applykan le pelajaran itu
- ilmu itu pun kurniaan Allah pada manusia.
Kemudian seterusnya ciri2 itu mesti:
"Pada waktu matahari terbenam, anak bulan baharu dikira:
- jika ia melebihi daripada 3 darjah di atas ufuk (altitud)
- dan jauhnya daripada matahari terbenam (mendatar) adalah lebih daripada 6.4 darjah.
- maka. Apabila kriteria ini dipenuhi: Itulah anak bulan baharu"
Maksud disini:
- dongak dari atas ufuk mesti lebih dari 3darjah keatas
- kekanan atau kekiri matahari mesti melebihi 6.4darjah
Baik! Bila dah ada kriteria itu> Kita cari pula data bulan pada permualaan hari Isnin 2 Mei!
- ingat! untuk orang islam. Hari hendaklah bermula dengan malam.
- macam kita manusia ini pun. Bermula dalam keadaan kita didalam rahim - gelap
Baik! Sekarang. Rujuk pulak dari siapa yang pandai tentang astronomi.
Maka kita sebagai contoh. Kita dapatkannya dari:
Data yang diperoleh daripada Pejabat Almanak Nautika British (UK) bahawa bagi Kuala Lumpur, ketinggian dan dataran bagi anak bulan baharu pada waktu matahari terbenam adalah:
- 5 darjah dari ufuktitik
- 7 darjah dari matahari terbenam.
Berdasarkan data ini.
- Maka kesimpulannya:
pada awal bulan sudah dipenuhi pada 2 Mei.
Inilah kiraan mengikut Panduan Alamanak British.
Hah. Itu le tiba2 kita terkejut raya hari Isnin wak!
Wak: Leh!. Takkan sebelum ini mereka tak menjalankan kerja yang berintegriti?
Man: Mereka tengok rujukan juga tu wak!
- Atau mereka rujuk pada data dari sumber lain ke?
Tidak pulak diceritakan keadaan sebenarnya!
Wak: Mungkin. Masa ini mereka tak mahu cerita sejelas2nya! Takut. Nanti banyak soal tak tentu pasal. Tak terjawab melak nanti?
Man: Tak sincere le pihak Jakim ni ye wak!
Wak: Ada kepentingan melak!
Man: Malaysia boleh! Nak takut apa ye!
Wak: Yang aku tahu:
- "Malaysia boleh" itu Mahathir.
Kemudian
- "malu apa boss!" Itu Najib!
Iye!
نعوذ بالله من ذلك
- na'uuzu billaah min zaalik
استغفر الله - astaghfirullah
- aku bermohon ampun dari Allah
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi
3/5/22
