Masih macam itu ....
Submitted by tokchuk on Mon, 01/14/2013 - 13:03
Man: بسم الله
Wak: بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
Man: Wak! Saya pergi lagi ke Majlis bandaran untuk bayar cukai tahunan. Tapi seperti biasa tak ada ruang parking. Setahun lepas begitu juga. Kali ini pun tak ada tindakan? Ketua majlis ni tak nampak ke? Tidur ke? Mustahil! Ini depan mata dia.
Wak: Masyaallah!
Man: Beginilah mentality majlis bandaran setakat ini. Inilah yang membuat kita menomah yang bukan2. Duit yang kita bayarkan buat apa? Rupanya untuk menggemukkan perut dia je!
Wak: Kerana sudah selama2nya terbuai dengan kenikmatan dunia. Maka lupa le dia yang mereka ini wajib berkhidmat bukan orang lain yang menggemukkan diri. Itu yang selalu aku kata kita mesti sentiasa berdoa ... Ya Allah jangan jadikan kami ini lintah darat yang akhirnya dihumbankan kedalam nereka. Tolonglah Ya Allah ubahlah perangai kami supaya menjadi umat yang baik dan mulia ....
والله اعلم
Categories:
