masjid ada free internet....
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا [ahlan - welcome]
Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome to you] wak!
Wak: نعم [na'am] اهلًا بِك [ahlan bik]
Man: Saya nak tanya sikit. Amacam fikiran wak! Boleh?
Wak: نعم [na'am] Tentang apa tu?
Man: Sesampainya saya di masjid. Saya baru terperasan. Yang internet hp saya tak jalan! Leh - terlupa bayar tu. Lupa nak topup tu.
Wak: Jadi?
Man: Saya pun terfikir. Apasal ler masjid ni. Tak nak bagi free internet pada semua jemaah yang datang! Tak nak buat pahala ker? Tak nak dapat berkat ker?
Wak: Duit tu. Itu isunya!
Man: Iyer wak! Bio saya katakan. Itu bukan - isu yang penting wak. Tabung kan sentiasa berisi? Takkan masjid tak hendak memulakan dan menunjukkan misalan yang cukup baik dan terpuji. Itu betul2 kebajikan yang teramat beso wak! Masjid ler tempat pencetus kebajikan. Kalo tak - takkan ustaz2 bertumpu kesitu - bukan ker wak!
Wak: Mmmm... maka apabila masuk jer orang kedalam kawasan masjid. Terus ler mereka dapat internet free. Tak terasa ler yang internet masing2 dah kehabisan duit. Bila semua orang dah tahu gitu. Maka ramai ler orang akan bergayut dimasjid.
Man: Maka - cara tak langsung - meriahlah masjid dengan orang ramai. Tak kira kecil beso. Orang yang datang - niatnya - nak berinternet. Kemudian apa kata - siapkan pulak kawasan untuk duduk2 sambil berinternet.
Wak: Habis - berinternet jer memanjang tak nak bersembahyang ker?
Man: Eleh wak! Bila dah azan nanti - mereka bergegas ler masuk berjemaah. Agak2nya - orang tu mula2 terasa malu. Kalo tak nanti kena perli - degil ker! Tapi - lama2 - mana tahu - hati mereka terbuka secara sukarela! Kan Allah pun dah kata. Berdakwahlah engko! Hati manusia dia yang jaga. Kerja kita hanya berdakwa memanjang. Tak gitu wak!
Wak: نعم [na'am]. Dakwah tetap kena buat. Itu kebajikan! Hati orang - bukan tanggung jawab kita. Itu kerja Allah. Kita berusaha gigih. Berdoa.
خلص [khalas]
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
والحمدلله - walhamdulillaah
- dan pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- dan tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
والله أكبر - wal laahu akbar
- dan Allah maha besar
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi
Siri : 240607
