Mesjid kena ada ....

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

Man: Wak! Saya tertanya2 sendiri ler wak! Apa nak jadi dengan orang kita ni!

Wak: Leh! Apaker halnya ni.

Man: Hari pertama saya bertanya - apasal masjid ni bergelap! Dijawab - power trip! 

Wak: Leh power trip! 

Man: Hari ke-2 gelap lagi. Sampai ke hari ke-3 sempat ada yang announced "... maaf kami masih mencari2 kerosakan elektrik. Harap bersabar!"

Wak: Hai power trip tu tak susah mana!. Line yang sebabkan fuse trip tu jer yang kena check! Yang lain tak masuk campur. Itu sebab dibuatkan fuse pada line2 tertentu. Sebab senang nak trace. Takkan itu pun berhari2 tak jumpa. Ini sekolah mana ni? Meniru ker masa sekolah dulu!

Man: Itu ler yang saya rasakan wak! Jabatan Ugama ni kena ada bahagian Engineering didalamnya. Bio engineers dan technicians pun sama2 meramaikan Jabatan. Sebab Bahagian Ugama tu apa tahu tentang teknikal? Apa orang teknikal tak boleh masuk syurga ker! Maaf ler wak iyer kalo saya terlebih cakap ni iyer wak! Saya bukan nak mengata! Tapi tengok tu - 3 hari masih relak? Kan kita juga selalu dengo, ustaz juga megah dengan : "berilah sesuatu urusan tu pada orang yang berpengetahuan dalam bidang2 tu..." 

Wak: Mereka cakap gitu sebab - nak kenenkan kepada diri mereka tu. Sebab ugama boleh menyelesaikan segala apa ada dalam dunia  ni - ikut mereka ler!

Man: Tapi wak! Bila tiba pada keadaan seperti ini. Bahagian ugama patut data. Patut ada engineering department yang datang. Ingat - main panggil sebarang contractor kemudian kerja yang dibuat tak dipantau? Kalo gitu memang nak kena main ler...

Wak: Dah berkali2 aku sebut. Musuh Utama kita iblis dan setan. Ingat mereka tu diam2! Hasutan mereka merangkum apa2 ajer!

Man: Makanya wak! Jabatan Ugama sekaran kena berkembang! Buatkanlah Bahagian Engineering. Ambil engineer2 dan technician2. Kemudian engineer mesti tetapkan setiap masjid mesti ada wiring diagram masjid. Senang nak diagnose. Makanya - bila mesjid ada masaalah call ajer Pejabat Ugama. Dan Bahagian Engineering pun akan sgera buat tindakan! Mula2 mungkin secara on-line pada masa itu juga. Tak kira siang malam. Bio mereka kerja 24/7. 

Wak: Iyer! Jangan susah! Aku tahu orang teknikal ini taat pada kerja mereka. Mereka kerja, betul2 kerja! Memang tak dinafikan mereka pun kena hasutan setan dan iblis pun. Tapi kerana dah termaktub dalam etika kerja mereka. Senang! Memang mereka kena kerja sedikit strict 

Man: Mmmm.... budget Jabatan Ugama amacam wak! Saya dengo mereka tak ada budget wak!

Wak: Eleh no problem ler. Kan orang2 kita ni baik. Dan memang orang2 satu2 qariah tu memang ramai yang suka berderma. Tak ada problem ler tentang bab2 ugama...

ما شاءالله

استغفر الله العظيم

لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah

سبحان الله
- maha suci Allah

والحمدلله
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah

والله أكبر
- Allah amat besar

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi

25/05/05