Musuh kita hanyalah iblis dan syaitan.....

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم [Kesejahteraan ke atas kamu] wak!

Wak: وعليكم السلام [Dan ke atas kamu juga keselamatan] - engko!

Man: Wak! Semalam kita ada cerita pasal Ustaz vs Cikgu/Pensyarah
- Cikgu/Pensyarah kena menjalani kursus pengajaran!

Wak: Iyer! Macam2 teori dan prektikal pengajaran yang mereka kena lalui kerana nak mengalirkan pengetahuan kepada para pelajar.

Man: Kadang2 saya terasa terkilan juga bila apa ustaz yang kata:
- zaman ini ustaz2 bawa kitab
- tapi jemaah - cuma datang berlenggang kangkong

Wak: Aku rasa ler. Bagus juga ler kalo ustaz2 tu bawa kitab atau setidak2nya nota yang dia dah sediakan. Boleh juga diedarkan pada jemaah. Boleh juga dijadikan panduan untuk mengalirkan ilmu. Kalo dia buat tiap2 hari. Kan dah jadi satu buku. Maka banyak ler tulisan ustaz2 yang berceramah dimasjid dan disurau2. Dah boleh penuh library masjid dan surau!

Man: Hah... baik! Kita tinggalkan dulu bab itu wak! Kita pergi ke hal lain pulak.

Wak: Iyer

Man: Semalam saya sakit gigi. Terpaksa saya pergi jumpa doktor gigi wak. Akhirnya saya kena bayo 180 ringgit.

Wak: Boleh tahan juga charge dia tu.

Man: Saya tak marah pun wak. Pasal saya tahu wak. Berapa tahun dia belajo. Ada praktikal ada exam. Kena buat thesis. Bukan sorang external examinernya. Dah gitu - entah berapa ribu pulak ler dia dah habis sebelum dia boleh membuka klinik yang penuh dengan berbagai kerenah dalam bidang mereka tu.
Tapi yang saya terasa terkilan pada ustaz2 kita ini. Adakah mereka telah melalui proses yang seperti itu. Entah2 mereka pun tak pernah dilalui. Kemudian mendabek dada ... eh tak payah kita nak mengata. Berdosa beso! Tak terampun nanti. Moga2 Allah membuka mata mereka!

Wak: Nak buat amacam. Allah akan memberi kemudahan kepada mereka yang dia kehendaki. Mana kita nak tahu.

Man: Maknanya wak. Itulah kuasa Allah. Siapa yang dikehendakinya akan dapatlah rezeki yang melimpah ruah. Terutama macam ustaz2 tu. Melimpah2 juga rezeki mereka. Boleh juga mengalahkan mereka dari bidang2 lain.

Wak: Bidang pekerjaan manusia tu - jangan ler kita pandang dari satu segi saja. Ada berlambak2 hoi. Bukan hanya dalam aliran ustaz2. Tapi merangkupi dalam berbagai bidang kehidupan. Nak jaga keamanan. Nak membuat prancangan kehidupan dari diberanakankan samapi ke mati. Tak usah terikat pada satu bidang. Pasal itu Allah kata manusia ni adalah pengurus dunia. Uruslah dengan ilmu yang akan Allah berikan dari masa ke masa. Buatlah dengan niat mentadbir dunia dengan cara yang teratur mengikut landasan2 yang ditunjukkan oleh Allah.

Man: Tapi katanya! Allah telah selesai memberi syariatnya pada Nabi Muhammad wak! Leh itu apa? Kita kena jagakan?

Wak: Nabi sememang diutuskan untuk menjaga akhlak dan undang2 basic yang penting2 untuk manusia. Yang lain tu. Gunakanlah akal masing2. Sepanjang hayat. Allah akan tunjukkan satu demi satu ilmu yang lebih tinggi untuk menampung kehidupan kita. Kata ler tentang - perumahan. Itu kena ada penyelidikan yang tertentu. Umpama : amacam nak buat perumahan dalam kawasan banjir.

Man: Leeh. Apasal nak buat perumahan dalam kawasan banjir? Giler ker. Berapa banyak harta akan musnah bila banjir nanti.

Wak: Hah reti pun engko. Apasal - dah tahu itu kawasan banjir - apasal nak juga duduk disitu? Tentu ada sebab mengapa mesti juga duduk disitu. Jadi apa precaution yang kena kita ambil sebelum dan bila ketika musibah tu datang. Gunakanlah akal yang telah diberikan oleh Allah. Akal itu pun akan datang dari bayangan Allah juga. Ada engko baca quran dimasa emak Nabi Musa diilhamkan untuk menghanyutkan baby Nabi Musa kedalam sungai Nil. Hah gitu ler Allah akan beri ilmu pada orang yang dikehendaki. 

Man: Jadinya wak. Kita kena ler berlapang dada. Kalo ustaz boleh hidup dalam dunia dia. Orang lain pun boleh hidup dalam dunia masing2. Janji jangan ada perselisih antara satu sama lain. Berlapang dada ler. Redha

Wak: Takkan engko tak teringat tentang cerita Nabi Ayub. Dari seorang yang mempunyai segala2 - anak2 dan harta yang melimpah ruah. Kemudian Allah tarik satu persatu hingga jatuh sakit yang kronik. Tapi hatinya tetap. Tak gundah gulana. Tak menyesal. Tak jadi sasor. Dia tetap. Dia begitu saja. Itu lah ugama yang Allah ajor. Itu lah juga ajaran Nabi Muhammad. Takkah kita tak dapat nak mengambik iktibar!

Man: Terkedu saya wak bila wak kata gitu. Maka berdosalah saya suka membanding2 ustaz2 dengan profession2 lain. Kepada yang senang dan kepada yang sengkek. Ada yang senang dalam kehidupan. Ada yang sengkek. Semuanya kehendak Allah. Kita hanya patut menuru perangai nabi2 yang lepas. Bukan hanya tertumpu pada satu2 segi ajer.

Wak: Iyer jangan ler kita terpukau dengan bisikan iblis dan syaitan. Mereka itu hanya pengacau yang kita mesti lawan.
Ya Allah jadikan kami ini kaum yang bermati2an menentang iblis dan syaitan. Amin ya rabbal alamin

Man: Amin ya rabbal alamin

Wak: Iyer

خلص

استغفر الله العظيم

لا حول ولا قوة إلا بالله

Tiada kekuatan melainkan Allah

سبحان الله
- maha suci Allah

والحمدلله
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah

والله أكبر
- Allah amat besar

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi

السلام عليكم

Man: وعليكم السلام

241213