Nasi Lemak

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

اهلًا [ahlan - welcome]
 
Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome to you] Yaa Wak!

Saya nak tanya wak!

Wak: Pasal apa tu?

Man: Seorang yang nak cari duit. Dia letakkan sebakul nasi lemaknya dikedai. Kerana itu tuan kedai ambil dalal darinya. Rasa2 wak. Ok ke tu?

Wak: Memang! Kira2 boleh le tu. 
Tapi aku nak tanya? 
- Pembekal nasi lemak tu bagaimana? 
- Pekedai tu pulak bagaimana?

Man: Pasal apa wak tanya benda2 itu pulak wak?

Wak: Aku rasa2 engko dah dapat nampak jalan kebajikan itu berbagai.
- Bio le kita membiakkan kebajikan dalam hidup kita. 
- Jangan biokan iblis2 setan2 berlonjak2 sampai ketawa tergolek2. 
- Mereka suka keran telah berjaya mengoda manusia kepada jahanam!

Man: Ai! Yang saya nak tanya wak tu gini wak.
 
- Kalo kita ni pekedai. 
- kalo orang hanto barang pada kita.
- biasa pengeluar barang akan beri kita pekedai sekian2 dalal

Tapi ini. Cuma seorang amatur nak cari duit lebih aje. Boleh ke kita charge dia sekian2. Untuk ambikkan duit dan tengokkan barangnya berada ok!

Wak: Ok. Ceritanya gini.
- Kita bayo zakat tu kerana telah melebih hadnya kan?

Man: Ye! Ini kena check Jabatan Ugama berapa breaking pointnya. Belum sampai tak payah bayo! Boleh relaks.

Wak: Hah! Itu le panduan yang kita semua kena ikut.
- kampeni beso boleh le dia tetapkan dalal yang dia nak bagi pada pekedai
- tengok! Boleh pulak pekedai tu terima!
- bila pembekal nasi lemak tu pulak
- dah le dia tu pengusaha kecil. Sendiri2 je.
- kini. Kita pulak yang tetapkan dalal untuknya sebagai pembekal?
- kenapa kita tak bertimbang rasa
- mungkin. Kita boleh pulak cari pahala pada pembekal nasi tu tak?

Man: Ini bunyi cerita lain pulak ni wak?

Wak: Engko fikir le sendiri.
- sebarkan kebajikan
- kan itu perintah Allah
- Islam tu memanghendak menjaga kelaku manusia seluruhnya
- kalo engko faham!

Man: Yeyeye wak
- saya akan duduk sendiri2 menimbang kes ini dengan hati terbuka
- kita mesti kalahkan iblis dan setan

شكرا - syukran

Wak: عفوا - afwan

Wak: سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah

والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja

والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar

والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi

21/7/22