Natijah
Submitted by tokchuk on Tue, 08/23/2016 - 22:07
Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Wak: Kita dah tak berjumpa lama juga ni ye Man...
Man: Ye-le wak!
Wak: Kemana engko menghilang?
Man: Kebetulan saya ni tak sihat wak.
Wak: Engko sakit?
Man: Ye-le wak.
Wak: Itu tanda-nya Allah masih sayangkan kau. Dan mudah2an ia akan jadi punca sebagai penghapus dosa....
Man: Ye Wak. Tapi kan Allah itu amat pengasih dan penyayang! Malah saya fikir, ia bukanlah sahaja untuk diri saya aje wak.
Wak: Apa maksud engko?
Man: Seperti Wak kata Allah tu mengasihi anak Adam sepenuhnya. Dan tak terhad pada orang2 islam sahaja. Malah ia meliputi semua kaum. Yang tak beriman pun termasuk. Hanya anak Adam ini terpesong apabila setan menghasut!
Wak: Ye. Bila seseorang tu sakit ia akan melibatkan banyak pihak. Diri kita. Orang yang rapat dengan kita. Orang yang menjual ubat untuk kita. Menjual makanan untuk kita. Dan kalo disusunkan bertambah2 panjanglah list-nya. DAn mereka2 inilah yang mendapat banyak anugerah daripada Allah.
Man: Disini-le bagaimana kasih-sayang Allah amat melimpah kekeseluruh ruang. Tapi apa yang saya nak tumpukan ialah pada cara penyembuhannya.
Wak: Maksud kau?
Man: Pada pihak yang bertungkus-lumus mencari kaedah penyembuhan maka terbukalah ilmu dan prosedure untuk handle segala sakit2 itu. Maka berkembanglah ilmu manusia dalam bidang itu.
Wak: Ilmu yang asalnya dipunyai Allah dengan tak semena2 maka Allah juga salurkan untuk diajarkan pada manusia.
Man: Ye itulah bila kita berfikir. Betapa kasihnya Allah pada manusia. Maknanya apabila berlaku sesuatu pada anak Adam kenalah anak Adam itu membuat satu2 tindakan untuk mencari penyelesaiannya. Dan penyelesaiannya itu bukan itu satu aje. Mungkin ia boleh dibuat dengan beberapa kaedah. Yang doctor kenalah membuat kajian secara teratur dan ber-scientific.
Wak: Dan yang ada ilmu doa-mendoa. Caranya lain pulak. Cara ini pula jadi seperti cara misteri. Tidak banyak data boleh disedut darinya. Dan bergantung pada pengamalnya denga prosedurnya yang tersendiri. Dan dari mana2 cara pun sebenarnya boleh dilakukan sehingga janganlah apabila kita berjaya menyelesaikannya kita berlagak dan bongkak. Kemudian sambil itu cuba pula menangguk diair keruh.
Man: Disitu-le yang Allah kata dia mengetahui semuanya. Diciptakannya manusia. Dan dia juga memasukkan berbagai variety perangai dalam hati manusia supaya manusia dapat melihat, mengkaji dan membuat satu keputusan. Dan dari kajian itu kita mesti mengakui bahawasanya semua yang ada didepan kita itu adalah datangnya dari kekuasaan Allah juga.
Wak: Ye beringatlah kita. Dan ingatlah selalu pada Allah....
Ya Allah jadikanlah kami ini kaum yang sentiasa mengingati engkau dalam segala tindak-tanduk kami. Jadikanlah kami ini mengerti akan apakah tujuan engkau jadikan sesuatu. Itu semua hanyalah untuk menambahkan ilmu engkau dan engkau denagn kasih-sayang kongsikan pula kepada kami. Ya Allah! Memanglah engkau maha pengasih dan penyayang. Dan jadikanlah kami ini kaum yang mengerti, menilai dan mengagungkan engkau sentiasa ya Allah.
الله اعلم بالصواب
Categories: