niaga makanan basah
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم [Kesejahteraan ke atas kamu] wak!
Wak: وعليكم السلام [Dan ke atas kamu juga keselamatan] - engko!
Man: Wak! Tanya sikit wak!
Wak: Iyer...
Man: Rasa2nya ler wak! Saya nak cuba2 meniaga kecil2an wak! Amacam?
Wak: Iyer itu baik untuk engko mencuba. Sebab itu ler salah satu cara untuk mendapatkan pendapatan yang halal. Kalo tak salah aku. Ada hadis yang mengatakan - kira2 famous juga tu - katanya : “ 9 daripada 10 rezeki ada dalam perniagaan ”
Man: Oooo.... 90% pendapatan datang dari perniagaan. Ok ler tu! Itu maknanya: duit sentiasa mengalir sepanjangnya setiap hari. Buat ini duit. Buat itu duit. Eheheh! Bagus ni...
Wak: Nabi dulu pun, dari kecil lagi dah ikut Pak Ciknya berniaga. Last2 Siti Khadijah pun mengajinya untuk menguruskan perniagaannya!
Man: Waaaa.... Ok ler tu iyer wak!
Wak: Tapi ingat! Meniaga ini banyak cabaran.
Man: Memang ler wak! Sebut jer ler. Dalam segala apa benda pun memang ada "cobaan". Kalo tak - tak namanya manusia.
Wak: Musuh manusia paling beso ialah iblis. Maka iblis akan tetap mengasut. Dia akan meruntuhkan iman seseorang dengan bermacam2 taktik.
Man: Apa maksud wak.
Wak: Iye ler. Engko nak mula meniaga :
- awalnya - engko mesti ada modal
Makna engko kena identify dulu apa perniagaan yang engko nak buat
- maka siapkan model yang secukupnya
- kemudian terus bulatkan hati - buat
- kemudian tahan cabarannya yang akan datang sepanjang jalan
Man: Apa cabarannya wak? Kongsi sikit!
Wak: Kalo engko buat kerja seorang. Sanggup ker engko buat kerja macam benggali. Aku merujuk kepada keadaan aku masa kecil2 dulu.
- Bengali tu naik basikal keliling kampung dengan barang2 yang dibonceng dibelakangnya
- kemudian dia pun melaungkan apa yang dia niagakan
Man: Aduuuh.... Nak kena ada mic dan amplifier ni wak!
Wak: Mungkin juga tu. Tapi engko nak jual makanan tak?
Man: Hohohoh. Mungkin tu pun yang saya nak mulakan dulu wak!
Wak: Mungkin kalo engko tak cukup modal nak bukak kedai. Engko kena ler tumpangkan product engko pada orang yang dah sedia berniaga. Macam pengelaman aku masa dulu2. Aku tumpangkan pada kedai2 kopi. Pada awal2 berniaga - nampak laris. Tapi lama kelamaan merosot. Apa yang aku hanto - balik semula. Itu yang tak boleh jadi....
Man: Jadi wak meniaga sekejap ajer ler tu kerana tak maju.
Wak: Dah ditakdirkan begitu.
Man: Mmmmm.... sedih.
Wak: Kemudian. Kali ke-2nya. Ada jiran tu bukak gerai tepi jalan. Dia kata tolong ler buat apa2 untuk memperbanyakkan variety di gerainya.
Man: Jadi wak cuba lagi kali ke-2 ker wak? Amacam wak? Jalan ker?
Wak: Gitu juga keadaannya. Mula2 laris. Lama kelamaan. Tak lama pun - apa yang aku hanto balik semula. Tapi sebelum aku berenti - aku jadi spy. Mashaallah rupanya jiran tu copy makanan yang kami buat. Dan rupa2nya dia letak hak dia atas meja. Yang hak kami punya disimpannya dibawah. Maknanya - bio laku dulu hak dia.
Man: Tak baik wak tuduh wak! Dosa!
Wak: Rasa2nya memang betul ler tu. Bungkusan dia dengan bungkusan kami berlainan bentuk! Tapi sebetulnya. Untuk meniaga ini. Kita kena ada tektik.
Man: Tektik?
Wak: Iyer! Aku dah perasan pun. Dalam melayan kerenah pembeli - kita kena ada:
- volume pembeli
- kalo tempat meniaga tu banyak orang
- alhamdulillah ler boleh tahan
Man: Apa maksud wak!
Wak: Maksud aku. Kalo di kawasan itu ada ramai potential pembeli. Kata ler melebihan 100 orang. Kalo kita sediakan barang makanan untuk jual. Kita hanya boleh sediakan makanan setakat 10% dari bilangan pembeli. Kerana tak semua orang akan membeli benda yang sama.
Man: Mmmmm... Maknanya! Tengok dulu volume orang. Kemudian taksirkan jualan untuk 10% dari volume itu sahaja. Jadi kita tak kecewa!
Wak: Iyer. Kita aim dalam volume yang paling rendah yang akan membeli. Lagi pun barang makanan tak tahan lama. Lain ler kalo barang kering - boleh letak berhari2 sebab dia lambat expire!
خلص
ربّ يسِّرْ ولا تُعسّرْ ربّ تمم بخير
استغفر الله العظيم
لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah
سبحان الله
- maha suci Allah
والحمدلله
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah
والله أكبر
- Allah amat besar
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi
السلام عليكم
Man: وعليكم السلام
250428