no copyright - amacam

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

اهلًا - ahlan
 
Man: اهلًا بِك - ahlan bik - Yaa Wak!

Wak: نعم - na'am

Man: Kadang. Saya terasa terkilan le wak!

Wak: Berkenaan apa tu?

Man: Saya tengok bahagian ugama negeri kita ni. Amacam boleh macam ini.

Wak: Macam..... macam apa ye?

Man: Saya tak berapa setuju amat le pada orang kita ni.

Wak: Tak faham aku. Terangkan seterang2nya engko!

Man: Cuba wak tengok ini. Saya screen shot jadual sembahyang ni.

]jakim

Wak nampak kan! 

- Ada ke pulak "Copyright (c)" pada jadual sembahyang keluaran mereka tu.

Kalo ikut faham saya. Ini menandakan bahawa:
- Saya tak dibenarkan nak copy dan sebarkan pada orang lain jadual ini. 
- Atau apa2 isi dari jadual itu pun. 
- Pasal tanda "Copyright (c)" ini menunjukkan ia adalah hak mutlak Jakim.
- ikut undang2 : tak boleh di-copy

Habis:
- kalo saya copy
- Kalo saya bagi orang keliling
- itu dah dikira melanggar undang2

Wak: Hmmm.... entah. Mungkin ada betul juga cakap engko tu.

Man: Bagi saya le wak. Kalo benda2 yang bekait dengan ugama. Bio le kita 
- tak ada langsung letak kata2 "copyright". 
Rasanya bio aje letak terang2. 
- tiada hak copyright. 
- sila sebarkan secara percuma merata2
- moga2 Allah memberkati usaha kita bersama 
Hah! Amacam wak? 

Wak: Hmmm.... 
Mungkin mereka hendak habuan keduniaan tak. Entah!

استغفر الله 
- aku bermohon ampun dari Allah

سبحان الله 
- maha suci Allah

والحمدلله 
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله - wa laa ilaha illallaah
- dan tiada tuhan menlainkan Allah 

والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar

والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi

9/2/22