Orak langkah
Submitted by tokchuk on Wed, 10/30/2013 - 08:13
Man: بسم الله
Wak: بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]

Man: Wak, saya terdengar Mydin sekarang ni dah bagi breakfast free!
WaK: Alhamdulillah bagus ni. Aku rasa ini le yang Allah suka. Bersedekat dan buat le kebajikan sebanyak2nya
Man: Daripada amalan seperti ini saya pula terfikir sesuatu!
Wak: Ya! Apa dia?
Man: Sementelah Mydin dah tunjukkan contoh, mengapa tidak, masjid2 kita pula buat perangai seperti ini. Maknanya, lepas je sembahyang subuh AJK masjid bagi setiap jemaah breakfast free. Bagi le:
1. air secawan
2. sekeping roti
Wak: Banyak kosnya ni!
Wak: Memang le banyak! Tapi ganjaran pahala allah yang kita dapat lagi banyak. Mana nak lawan oo wak!
Wak:
Ya, memang pahala dari allah itu cukup lumayan. Kita tidak akan tahu apakah ganjaran yang akan diberikannya sebagai ganti selepas itu. Entah2 lepas itu masyarakat kita akan jadi masyarakat yang cukup tinggi darjatnya. Entah2 ramai pula yang sayangkan islam. Ya! allah sahaja yang maha mengetahui.
Bio aku tambah sikit. Mungkin juga kalo boleh:
- letak je tabung untuk aktiviti ini,
mana tau ada yang nak derma untuk menampong kos breakfast free ni walau pun sikit jangan susah hati.
Lepas tu:
- lantik le orang yang susah untuk menolong menyediakan makanan ini,
sekurang2nya familynya itu boleh le lepas dari segi makan minumnya juga
tapi ingat:
- letak juga ketua disitu supaya jangan diselewengkan segala usaha2 baik ini
kemudian:
- lantik juga perancang yang boleh memikirkan bagaimana boleh dapat bahan2 yang hendak diberi percuma tadi secara perusahaan. jadi bekalan tidak akan putus selama2nya. Tidak disabotage oleh kafir serta iblis dan syaitan.
Ya allah kau lorongkanlah hati2 kami ini supaya dapat meninggikan syiar islammu ya allah. Tunjukkanlah jalan yang lebih baik dan sempurna bagi kelangsungan kebajikan kami ini ya allah. Kuatkan kami dan kalahkanlah iblis dan syaitan yang senantiasa bertenggek disekeliling kami ya allah yang menunggu akan menyesatkan. Jadikan kami masyarakat yang tinggi budi pekerti ya allah ....
والله اعلم بالصواب
Categories:
