Pahala dan berkat
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا [ahlan - welcome]
Man: اهلًا بِك [ahlan bik = welcome to you] wak!
Wak: نعم [na'am] اهلًا بِك [ahlan bik]
Man: Sikit masa dulu - wak dengo tak - pasal pokok tumbang tu! Sampai ada yang mati kena hempap wak!
Wak: Aku dengo - gitu2 ajer. Tak pulak aku nak ambik tahu lebih2.
Man: Tapi apa komen wak - tentang binatang tu!
Wak: Kalo tanam pokok - mesti ler ambik tahu tentang pokok tu sepanjang hayatnya. Subur ke. Dah beso ker. Mesti ada maintenance. Bukan tanam. Lepas itu - biokan - ikut jer ler apa yang Allah nak taqdirkan padanya selepas itu.
Man: Orang kita ni memang gitu wak. Buat kerja tak semenggah! Bila timbul cerita - kita nakkan greenkan kawasan. Nakkan oxygen. Maka ligatlah tanam pokok sana-sini. Lepas itu - tak nak pulak buat team yang boleh dapat pendapatan untuk buat kerja2 maintenance binatang tu.
Wak: Itu semua - ikut otak orang yang berkenaan. Kalo hati nurani mereka tu - ingatkan macam2. Orang sekeliling. Tentu dia dah buat planning yang comprehensive. Timbulkan pekerjaan - bagi orang dapat cari makan. Timbulkan kemahiran tentang pokok2. Fikirkan tentang keselamatan. Macam2 ler... Takkan itu pun tak boleh fikir sendiri. Melainkan .... sekolah dulu meniru ker?
Man: Iyer wak. Itu ler yang Allah kata - "manusia ni sentiasa rugi..." Rugi tak nakkan pahala. Fikir2kan ler yang baik2 - dapat pahala tu - berkat pun dapat sama! Di akhirat nanti tentu dapat bagian yang baik2 tu...
Wak: Habis - itu pun Allah selitkan syaitan dan iblis! Sebab? Dia nak tunjukkan - siapa yang diantara kita ini beringat.... tentang kebijaksanaan Allah yang sikit pun tak dikisahkan untuk dijakan panduan hidup didunia ni...
خلص [khalas]
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
والحمدلله - walhamdulillaah
- dan pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- dan tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
والله أكبر - wal laahu akbar
- dan Allah maha besar
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi
Siri : 240528
