peluang cari duit ada dimana2 ...
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Man: Wak! Saya nak minta pandangan wak - tentang minyak diesel ni wak!
Wak: Leeeh.... kesitu pulak engko ni. Aku ni bukan reti sangat cerita2 kerajaan ni.
Man: Kita berbual kosong ajer ler wak! Mungkin boleh kita mengambil iktibar dari perkara semacam ini wak!
Wak: نعم [na'am] jadi apa ceritanya?
Man: Sekarang ini harga diesel dah naik ke RM3.35 - agak saya gitu ler! Saya tak check sangat pun. Dengo2 gitu ler...
Wak: Jadi?
Man: Jadi - ada orang komplen. Itu tanda harga barang2 akan naik. Pasal - lori pakai diesel. Naik diesel - naik ler - kos pengangkutan. Siapa nak rugi wak. Akhirnya yang merana adalah end-user wak kan!
Wak: Memang ler kos sesuatu itu akan jadi bertali-tali. Satu naik yang lain akan ikut sama. Gini jer pada pikiran bodoh aku ni.
Man: Iyer - jadi amacam keadaannya wak?
Wak: Engko fikir senang gini jer ler. Kalo engko orang yang berduit. Engko nak ambil "untung atas angin" tak?
Man: Abenda "untung atas angin" tu wak?
Wak: آسف [aasif = sorry]. "untung atas angin" - untung yang datang dari cuma cakap2. Entah2 kerja pun tak buat. Tiba2 boleh generate duit pulak dari situ...
Man: Hah bagus tu wak. Guna otak jer dapat duit tak pasal2 "atas angin - magic"...
Wak: Ok ler! Benda2 "atas angin" tu memang boleh didebatkan!
Man: Hohohoh...
Wak: Pendekkan cerita! Gini ajer ler. Berbalik pada
- kalo engko ada duit.
- engko ada kemampuan untuk berbuat sesuatu
- dan engko kira punya kira - boleh datangkan duit
Hah! Mesti ler engko akan buat kerja seperti ini!
Man: Ceritakan - apa ceritanya tu wak!
Wak: Biasanya bila orang berniaga. Dia mesti nak kira untung semata - berapa dia akan dapat - berapa "pulangan". Berapa persen - cuba engko cakap berapa persen yang engko nak kutip dari "peniagaan" engko!
Man: Hah! Mana ler saya nak tau wak! Saya bukannya orang "meniaga" wak!
Wak: Ia tak iyer juga. Tapi kita ambik jalan senang jer ler. Kata ler seorang tu nakkan laba dia sebanyak 15% dari apa yang diniagakan. Jadi?
Man: Jadi - apa wak?
Wak: Jangan buntu! Buka ler excel, Kan dia boleh tolong engko mengira apa2 yang ada dalam hati engko.
Man: Wak reti juga excel iyer rupanya?
Wak: Eleh aku dengo orang cakap excel tu boleh tolong meramalkan sesuatu! Tapi aku sendiri - hapah habuk pun - tak reti!
Man: Masukkan ajer segala data2 yang boleh dikira dan jadi variablenya. Hmmm... kemudian - kira ler bila yang sanggup kita tunggu. Nak datang balik ROI nya. Sebulan. 2 bulan. Setahun. masuk jer ler.... Dan buat keputusan sendiri.
Wak: Iyer. Godeh2 ler. Bila rasa dah puas. Gohead! Dan collect ler keuntungan selepas tu.
Man: Maknanya - kerajaan buat amacam pun - akan ada yang boleh buat duit dari perbezaan ketera harga sesuatu - dari satu tempat kesatu tempat - kan wak!
Wak: Eleh kan bisnes tu gitu ler gayanya. Jadi jika disetengah tempat harga satu2 benda tu murah. Dan ada disetengah kedai pulak - melampau pulak harganya. Sedangkan bisnes tetap juga berjalan. Pelanggang akan terpaksa terima ajer. Suka tak suka!
Man: Hmmm... kalo gitu wak - dalam kes diesel - kerajaan masih rugi pun. Sedangkan rakyat akan menanggung kesannya.
Wak: Tak juga.... Kalo kerajaan "taik hidung masin". Memang gemuk ler "dia". Kemudian boleh pulak menyombong - "dia menabung dari kecil!" Tapi kalo kerajaan baik. Sharekanlah apa2 keuntungan kepada orang ramai. Itu dapat berkat berganda2 dari Allah tu. Ingat!
Man: Iyer. Dari diesel naik harga. Keuntungan dari jualannya. Sama ada dicollect dari rakyat. Atau dicollect dari export. Maka keuntungannya disharekan kepada orang ramai. Timbulkan sumber pendapatan untuk orang ramai. Itu lebih murni.
Wak: Hmmmm... Ambil keuntungan dari sesuatu itu memang itu ler kerja manusia. Tapi kalo kita beringat - berkongsi sesama kita. Sama2 ler akan merasa. Tak gitu wak?
Wak: الحمدلله Shukur! Paham juga ler engko ni. Inilah tanda2 kebesaran Allah yang dikurniakan keatas anak Adam. Ada otak berfikir. Tolong sesama anak Adam...
Man: شكرًا wak - jumpa lagi dilain masa!
Wak: عفوًا
استغفر الله العظيم
لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah
سبحان الله
- maha suci Allah
والحمدلله
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah
والله أكبر
- Allah amat besar
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi
240617