penjelmaan jam!

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم [Kesejahteraan ke atas kamu] wak!

Wak: وعليكم السلام [Dan ke atas kamu juga keselamatan] - engko!

Man: Wak! Bila kita bercakap pasal jam. Saya teringat ler wak...

Wak: Apa yang engko ingat -hah?

Man: Iyer! Setiap kali saya terpergi ke kawasan rumah flat atau rumah rakyat? Disitu ler sarang jam!

Wak: Lubuk jam? 

Man: Pusat jam antarabangsa heheheh- wak. Segala2 jam.
Yang pertama - jam dengan motosikal. Berlambak2. Bersimpang sior.
Kedua - kereta - pun gitu juga. Tak ada ruang yang tak tempat kosong
Ketiga - peniaga kecil2an dengan gerai yang entah mmm... tak terselera memandang
Keempat - sampah sarap.... mana tindakan

Wak: Apa tindakan yang mesti dibuat?

Man: Tak nak ler saya cakap lebih wak! Tapi memang mata memandang .... Loya pun ada. Uwek!

Wak: Kita kena buat sesuatu. Tak boleh dibiokan penghuni2 tu hidup macam dalam slam! Kita melayu. Kita islam. Kita diajar berprinsip. Mengikut tatacara hidup terpelihara. Kean ambik tindakan tu. Jangan cemarkan ugama islam yang datang dari Allah tu....

Man: Pada fikiran saya ler wak! 
Satu: Mungkinkah Rumah2 Rakyat tu dikelompokkan berjauh2an sikit. Mungkin dalam dua, tiga blok dalam satu kawasan. Berpisah2.
Dua: Mungkinkah kalo penghuni pun dikenakan hadkan - keluarga yang tak ada anak kelompokkan dalam satu kawasan. Yang ada dua anak - lainkan, Yang ada tiga - lainkan lagi. Gitu ler seterusnya. Longgokkan disatu kawasan yang berlainan.
Tiga: Yang bujang pun gitu juga kalo boleh.

Wak: Yang bujang2 tu mmmm... takkan tak nak jadi masalah - maksiat ler atau jadi sarang entah apa2 tu engko!

Man: Leh... orang ramai wak! Otak baik pun ada. Memang boleh diusahakan amacam nak kontrol orang2 jenis yang bermacam perangai tu wak! Umpamanya siapkan jaga. Siapkan polis bantuan. DAn apa2 yang patut. Banyak kerja - banyak pendapatan -ekonomi pun berkembang!

Wak: Iyer bertimbun2 ler kerja boleh dibuat?

Man: Habis - wak juga yang kata - manusia diciptakan untuk mengurus dunia. Baik jahat tak kan terlepas dari kita.

Wak: Iyer - kita kena ingat! Semasa Nabi Adam nak diciptakan pun - Allah timbul setan. Kerjanya buat jahat - hasut manusia ikut dia masuk neraka! Maka terlalai ler Adam dari berfikir membina - kena ler dai berpindah kebumi. Bila dah dapat anak - anak pulak dihasut setan. Dah pembunuhan pertama manusia berlaku. Bukan Allah tak tahu. Memang itu kehendaknya dan plannya. Baik mesti ada lwannya - jahat! Syurga mesti lawannya neraka! Kita tahu ker apa plan Allah.  

Man: Nanti wak. Kita ni dah melarat2 entah kemana ni! Tadi saya nak cakap pasal jam. Jam motor. Jam kereta. Jam gerai makan yang tak berasa lunak mata memandang.

Wan: Hmmm... public tanstport kurang tu. Bila public transport kurang. Orang ambil kerja senang. Naik motor. Maka - bersepah2 ler motor bersimpang siur. Kereta - gitu juga.

Man: Hmmm .... melak Public Transport tu mahal. Atau tak sampai ketempat kerja mereka. 

Wak: Hmmm.... Kalo dah ada problem. Dah ada otak. Selesaikan lah. Buat Public Transport murah ker. Efficient. Takkan manusia tak ada otak. Janjinya - otak kena jalan. Usaha ramai2 - kena sama2 buat. Ini problem manusia. Manusia dengan manusia. Manusia dengan setan. Setan kena lawan. Sebab buat apa pun setan akan datang menghasut. Setan jenis jin mmm... dia membunuh orang ker? Yang membunuh - sesama manusia. Gitu ler kita kena guna otak. Otak dan fikiran mesti dikembangkan dalam kebaikan. Kemudian sokongan dari kanan kiri pun mesti berkembang sama. Sahut ler cabaran Allah tentang perbezaan manusia dan jin tu. 

خلص

استغفر الله العظيم

لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah

سبحان الله
- maha suci Allah

والحمدلله
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah

والله أكبر
- Allah amat besar

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi

241024