perbezaan islam dan kafir
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا [ahlan - welcome]
Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome to you] Yaa Wak!
Wak! Saya nak tanya sikit ler wak! Apa pendapat wak tentang perkara ini...
Wak: نعم [na'am]
Man: Saya terperasan satu benda ler wak!
Wak: Macam2 ler fe'el engko ni! "Terperasan" ler. Leh...apa lagi?
Man: Gini ler wak. Saya terdengo ada orang bercakap lepas - tentang hal selepas PKP ni...
Wak: نعم [na'am] Selepas PKP ni - jap P.K.P hmmmm... singkatan dari apa benda tu iyer...
Man: Bio ler wak - tinggalkan ler binatang tu iyer wak! Gini! Yang bercakap tu gini wak. Moleknya dia tu wak! Katanya gini:
- Lepas PKP. Datang pulak musim kawin. Dah bukan musim dah pun dah sekarang. Dah jadi trend - asalkan ada jer cuti atau cuti hujung minggu. Ada jer ler orang buat kerja kawin.
Wak: Habis. Orang dah bertambah. Maka ramai ler yang nak kawin. Dah adat ler tu. Takkan nak sekat orang nak kawin. Perkara baik tu.
Man: Maka berkata ler orang tu:
- Tiap kali kenduri kawin - mesti nak beri door gift. Door gift tu pulak beli dikedai cina. Jadi siapa yang kaya? Cina juga ler. Melayu nak jadi apa? Siapa nak bantu?
Katanya lagi: Apasal tak support ajer "Perusahan Melayu". Beli kerepek ker. Atau apa2 ler yang melayu dah buat. Jadikan "door gift".
Wak: Bio aku cakap sini.
- memang ada orang yang dah beri door gift - kerepek. Macam kerepek. Ubi. Pisang. Keladi. dan lain2.
- ada yang naik kelas sikit - beri kicap
- ada yang - tomato saurce
- macam2 ler boleh dimakan atau yang berguna!
Yang bercakap tu tak tengok sangat tak?
Man: Melaknya.
Wak: Gini ler. Cuba engko nilai benda ini.
Dulu2. Bukan nak meninggi diri tapi - ini adalah kenyataan.
- dulu2 ada rasa - nak bersedekah ler di Mekah
- pergi ler aku kekedai roti nak beli roti lebih ler sikit
- bila pekedai tu tengok aku beli buka satu dua!
- dia tanya " Sabiiiiiil? "
- aku kata " na 'am " reti sikit cakap arab - walaupun macam ayam - petuk2 ajer
- sekali - sekelepok ditambahnya lagi - jadi banyak giler!
- aku tanya " bikam sheikh? "
- dia jawab " sabiil - halaal "
- tekedu aku
- dan tersipu2 aku dibuatnya...
Jadi disini. Aku nak tanya engko.
- bila engko beli kerepek banyak2
- ada peniaga tu tanya : "untuk apa?"
- ada dia teringat tentang - " saham akhirat "?
- ada yang sempat kata lagi - "jaga periuk nasi ooo...." - karang nak makan apa?
Dalam dua situasi itu. Ada engko nampak perbeazaan?
Man: Malu wak! Tebal muka saya - wak! Macam ditampal ....
Wak: Kan kita dah selalu bercakap. Orang Islam itu berlainan fe'el dari kafir. Islam itu - berkesejahteran. Bersaudaraan. Ber... Eleh tak payah aku cakap itu jauh berbeza. Seperti langit dan bumi. Dah kita sebut berkali2 tu tak?.
- Maka. Kalo kita ada satu2 masalah - sama2 kita pakat2 - buat sesuatu yang bermanfaat. Buat melepas pucuk masing... Dan dari situ ler kita mesti boleh kalahkan kafir. Kerana permuafakatan itu ler kunci kita sebagai umat Islam.....
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi
Siri : 230630
