Plan..
Submitted by tokchuk on Fri, 11/23/2012 - 08:30
Man: Bismillah
Wak: Bismillahir rahmanir rahim
[dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
Man: Hidup ini macam teka-teki pula le wak! Semalam kita plan begini2, rupanya hari ini lain pula jadinya. Ada saja yang override plan kita. Cis! Amacm ni.
Wak: O! Itu le yang dikatakan: esok siapa yang tahu. Allah sahaja yang menentukan.
Man: Ooo.
Wan: Tapi 1 je yang aku nak kita semua ingat.
Hidup kita ni kan tak lama. Sekitar 60 tahun je. Pendeknya.
Nak tahu berapa pendek? Fikir begini le.
Dalam keadaan kita sekarang ini, cuba kita fikir baik2, berapa lama ke ketika kita dari kecil sampai le ke masa ini? Rasa lama ke? Pada aku tidak.
Man: Ooo lama wak. Semalam hari lain. Hari ini hari lain pula. Tahun pun gitu. Orang pun ada yang lain. Kira umur pun dah boleh di bilang ...
Wak: Mungkin lain orang lain persepsinya masanya. Tapi pada aku - masanya cepat betul berjalannya.
Pada aku: rasa2 macam baru semalam je pergi sekolah dan balik sekolah. Sekarang ni orang lain pula yang pergi balik sekolah.
Tapi bila aku fikirkan balik: amacam kalau pergi sekolah balik sebab benak sangat otak ni. Bebal dalam banyak hal!
Man: Apa yang wak nak cakap ni?
Wak: Gini je le. Nak senang kan cerita.
Ingat:
- hidup kita ini sekitar 60 tahun
- jadi, semua orang kena plan le baik2
- bagikan umur tu untuk beberapa urusan
- usahakan seboleh2nya hingga tercapai atau bagaimana kesudahannya ...
- mati nanti insyaallah diredahi Allah ....
Wallahua'lam
Categories:
