Rosak!

Man: Bismillah
Wak: Bismillahir rahmanir rahim
[dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
Man: Wak! Kali ini nak kena cerita tentang apa wak?
Wak: Oooo. Hari ini aku nak tanya engko je le.
 
Man: Apa dia wak? Jangan kasi saya yang memeningkan. 
Wan: Ok! Satu perkara aku nak tanya engko ialah: apa ke fahaman engko tentang: manusia ini sentiasa suka membuat kerosakan!
 
Man: Ooo. Payah ni wak! Tak terjawab saya. Tapi ini kisah ugama ke atau bukan?
Wak: Mana2 pun tak pe. Asalkan engko keluarkan isi hati engkao apa je yang engko faham tentang kerosakan.
 
Man: Kalau rosak! senang wak! 
- Sesuatu yang tidak berfungsi boleh dikatakan rosak. 
Macam lampu picit. Bagi orang yang tak tahu sangat bila tak hidup je dia kata rosak. Tapi bagi yang tahu sikit dia mulalah tukar bateri. Tak hidup juga dia tukar mentol. Lepas itu kalau dia giveup dia pun kata - dah rosak. Pada hal masih ada lagi yang boleh ditrace.
Wak: Ok! Bagus! Jadi kalau kerosakan? 
 
Man: Rosak tu sifat. Lampu itu rosak. Perkar yang ada pada lampu itu - rosak - tak berfungsi. Tapi kerosakan itu nama terbitan. Kerosakan lampu itu disebabkan mentol terbakar. Bagaimana wak?
Wak: Haiyaa. Ya ke begitu. Aku sendiri pun tak faham beza rosak dengan kerosakan tu. Ok terus lagi ...
 
Man: Jadi sekarang ini kalau saya boleh kaitkan dengan: manusia sentiasa suka membuat kerosakan... Oo saya rasa saya pun dah mula perasan. Contoh:
- kerajaan buat jalan. Lama2 jalan itu berlopak sana sini. Lubang besar2 pulak tu. Tak pula dibuat maintenace. Dibiarkan begitu. Buat2 bodoh je! Bila orang komplen - dia kata tak ada duit! Jadi bila kereta tak perasan lalu le pada lopak2 tu maka jahanam le kereta orang. Tak tahu le apa yang patah mana2.  
Wak: Ooo ...
 
Man: Jadi saya boleh le buat satu kesimpulan. 
Apabila dikata "manusia senantiasa suka membuat kerosakan ..." saya boleh kata kita manusia ni pandai je buat sesuatu tapi kita tak pula ambil kesah selepas itu apa nak jadi disebabkan perbuatan kita. Maknanya kita tak ambil peduli selepas itu. Atau kita boleh katakan:
- buat kemudian tinggal
Kalau ikut saya kita sepatutnya kena:
- sebelum buat sesutau kaji dulu habis2
- lepas itu buat le
- lepas dibuat kena pula tengok dan tinjau apa perkara berbangkit
- perlukah langkah2 yang perlu disusul selepas kita buat tadi
maknya lepas buat kenal susul lagi sepanjang hayat apa yang dah kita buat. Buat maintenance ke buat modification ke. Apa2 yang patut le.
Ok! amacam wak boleh pakai?
Wak: Sesungguhnya itu le yang Allah suruh manusia ni buat. Dah buat bertanggung jawab le. Perhatikan sepanjang hayat sesuatu tu supaya ia tidak mendatangkan perkara yang terbiar dan menyiksa manusia lain. Buka buat melepaskan batuk ditangga .....
 
Wallahua'lam