Sebok dengan tariff pulak

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم [Kesejahteraan ke atas kamu] wak!

Wak: وعليكم السلام [Dan ke atas kamu juga keselamatan] - engko!

Man: Wak!

Wak: Iyer!

Man: Sekarang ni Trump sebok dengan cerita tariff. Cuba wak ceritakan apaker binatangnya tariff tu wak?

Wak: Leh! Tanya aku pulak! Cuba engko tanya Google? Tak boleh ker?

Man: Leh terkenyup saya wak. Tak nak menguit sikit pun nak buat kerja. Asyik cari jalan senang. Jalan pintas. Sikit2 bukak ajer mulut keluokan soalan. Usahanya mana iyer wak! Baik wak!

A tariff is a tax or duty imposed by a government on goods and services imported into or exported out of a country. The purpose of tariffs can vary, but they are often used to:
- Protect domestic industries by making imported goods more expensive, thereby encouraging consumers to buy local products.
- Generate government revenue from international trade.
- Influence trade policies and address trade imbalances with other countries.

Mmmmm....

Wak: Itu dia! Reti tak ker engko?

Man: Sikit2 ajer wak!

Wak: Leh kan dia dah kata - tariff itu adalah : kerajaan kenakan tax pada barang2 yang diimport atau diexport.
Katakan ler kampeni Abu import kereta Honda RM100k. Gomen kenakan tariff 50%. Maka kampeni kena keluokan duit dan bayo RM100k + 50k = RM150K. Maknanya senang2 gomen dapat 50% atau 50K. Bila Abu jual pada customer. Dia mesti nak untung. Dia naikkan harga lagi. Kata ler dia naik untung 30% dari duit yang dah laburkan. Cuba engko kira!

Man: Harga Honda RM100k
Tariff 50%. Maka kampeni Abu kena bayo RM150k
Abu nak untung 30%. Maka kira2nya RM150 tokok lagi 30% dari situ
- RM150 x 1.3 = RM195
Maka customer kena beli dengan Harga RM195. Aduuuuuh dah naik sampai 95% tu dari harga asal.

Wak: Haaa gitu ler nak hidup dalam dunia ni. Ada jer tokok tambah yang kita kena tanggung. Maka itu yang Allah sengaja bagi pahala 10x ganda pada apa sahaja kebajikan yang kita buat. 
- kita buat baik - Allah bagi pahala 10x ganda kebajikan kita dah buat. Pahala tu apa? Tunggu mati nanti.
- kita sedekah RM10 - Allah gandakan pahalanya 10x ganda. Entah2 mana tau dia ganti baik RM100 cara mana? Terpulanglah pada Allah

Man: Tapi wak! Apa bezanya tariff dengan tax / cukai? Dua2 nampak gomen collect duit ajer!

Wak: Kedua2nya cukai pun. Tapi perbezaannya konon2 tariff ini berpilih2. Yang ini yang itu ajer. Lain2 - lain pulak kadarnya. Tapi tax pula macam - kataler tax jualan:
- semua orang kena cukai bila beli apa2 ajer dengan kadar 10%.
- maka kalo engko beli pisang goreng RM1 katakan ler - duit yang engko kena keluo adalah RM1.10
gitu. Terus dah masuk cukai sekali. Kesahnya "asal beli barang" kena tokok lagi...

Man: Macam sama jer wak. Eleh nak banyakkan terminology. Kan manusia. Perkataan nak berkembang. Maka ciptalah perkataan yang sedap2. Kemudian buatlah makna begini begini. Buat definition pulak. Kalo tak tak tak nama ler manusia. Manusia yang kena tonggang setan!

خلص

ربّ يسِّرْ ولا تُعسّرْ ربّ تمم بخير

استغفر الله العظيم

لا حول ولا قوة إلا بالله

Tiada kekuatan melainkan Allah

سبحان الله
- maha suci Allah

والحمدلله
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah

والله أكبر
- Allah amat besar

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi

السلام عليكم

Man: وعليكم السلام
 
250412