sekarang kena ingat kali 10 aje....

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

اهلًا [ahlan - welcome]
 
Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome to you] Yaa Wak!
Hmmmm... sejak kerajaan Umno naik ni. Bermula dari hari puasa tu dulu. Maka habis le dibukanya semua sektor. Satu pun tak terkecuali. Maka. Dah tak ada lagi le nak kesah pasal Mysejahtera ke. Scan temperature ke.... Masing2 pakai gasak je ... Lupakan semua itu. Macam tak berlaku pun korona!

Wak: Habis. Mana nak tahu siapa le pembiak korona ni.

Man: Entah le wak. Saya perasan. Data cuma akan di"petik" dari hospital atau klinik yang baik hati memberitahu aje tak?

Wak: Leh gitu ke?

Man: Tapi saya nampak hari2 jumlahnya masih sekitar 2k ke 3k ke begitu. Masih banyak tu. Masih ektif tu.

Wak: Ini yang aku rasa2. Masih tinggi lagi tu. Entah2 kalo dichek betul2 masih tinggi bebeno tu!

Man: Habis kerajaan ini juga le yang kata penyakit ini bukan bahaya! Penyakit biasa je. Macam sesema je.

Wak: Habis selama ini kenapa nak sebuk. Buat ini tak boleh itu tak boleh.

Man: Entah le wak. Kita ni asyik dimain pihak2 yang .... susah nak cakap le wak!

Wak: Gini le hidup. Macam2 boleh jadi...

Man: Dah gitu .... Hmmm. Saya rasa. Kita kena buang aje kerajaan yang ada ni. Ganti yang lebih baik dari ini. Melampau2 dah sekarang! Dah le sekarang ini harga barang naik giler.

Wak: Kena pakat baik2 le! Hmmm....

Man: Dah gitu. Ramai pulak orang2 sekarang ni naik giler sana sini buat kerja kawin. Dah tak peduli korona ke datuk korona ke. Masing buat "dono" je! Masing2 berlumba. Dah datang le jemputan sana sini.

Wak: Jaga le diri. Jangan sampai merebak pada kita sudah le. Berdoa le banyak le bila pergi kenduri kawin tu ye!

Man: Dalam masa barang2 naik giler ni. Pun orang sanggup buat kerja kawin wak! Pelik. 

Wak: Habis dah dua tahun sepi. Siapa yang buat kerja kawin musim itu pakai nikah aje.

Man: Wak! Rasa wak le. Duit yang sekarang ni dah rasa kecik ni. Nak sumbang kerja kawin yang sepatut2nya ingat wak berapa yang patut wak? Tolong beritahu saya wak. Berapa yang patut wak?

Wak: Aku buat formula gini je le. Kalo engko makan kedai. Berapa engko bayo. Gitu le sumbangan engko sepatutnya.

Man: Itu dah dekat 10ringgit sekarang ni wak! Pasal semua barang dah naik giler!

Wak: Jadi aku rasa engko fikir gini je le. Engko sumbang. Maknanya engko buat baik. Dan ingat. Setiap kebaikan Tuhan gandakan sepuluh. Pahalanya tu beso. Akhirat nanti baru engko nampak. Betapa besonya sumbangan engko tu. Saham akhirat oooiii...! Macam kata femes ustaz2 bila minta derma.

Man: Hmmm... Ye 10ringgit naik berganda jadi 100ringgit diakhirat tu nanti... mmmmm

Wak: Gitu le pengkiraan yang patut kita buat. Fikirkan kali 10. Itu le pengajaran yang kita dapat dari "Puasa Syawal" punya pasaL!

سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah

والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja

والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar

والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi

30/5/22