sembelihan qurban dirumah sembelihan - amacam?

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

اهلًا [ahlan - welcome]
 
Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome to you] wak!

Wak: نعم [na'am] اهلًا بِك [ahlan bik]

Man: Saya nak berbual sikit tentang qurban ni wak!

Wak: Iyer! Hari raya haji dah dekat. Orang yang tak dapat mengerjakan haji - dan yang berada dimana2 sahaja - digalakkan berqurban sama. Itu tanda bersolidarity. Dan sama2 mengingatkan betapa beratnya mengerjakan haji.

Man: Aduuuuh... solidarity - iyer wak! Islam yang ajar solidarity?

Wak: Terpulanglah pada apa yang engko nak tafsirkan kepada qurban itu.

Man: Yang saya dengo ada yang berkata2 - qurban itu lebih afdal ditempat sendiri! Hmmm... Macam saya tak berapa setuju pendapat itu wak?

Wak: Terangkan! Apa yang engko terkilan tu!

Man: Kataler - ada satu kawasan masjid tu. Ia berada dalam kawasan orang2 "berada". Atau - kira2 disitu ramai orang2 senang. Patutker mereka berhimpun sama2 sendiri buat qurban dalam kawasan mereka?

Wak: Silakanler kalo berminat! Tak jadi salah pun itu. Meninggikan syiar Islam!

Man: Maka dari situ - apa yang saya nampak - banyak masjid dalam kelas begitu - mula berlawan2. Masjid ini tak kurang 10 ekor. Masjid yang satu lagi 20 ekor. Ini semacam nak - menunjuk apa wak? Tanda .... marah kalo saya sebut!

Wak: Yang dapat bahagian dari itu? Orang yang sememangnya hari2 makan daging!

Man: Iyer wak! Tapi saya nak sebut satu perkara pulak wak! 

Wak: نعم [na'am] 

Man: Ini cuma pada kes - masjid2 yang hebat2 tu. Time qurban iniler mereka berlomba2 nak sembelih sendiri. Sebab - nak tengok darah qurban mereka tu mengalir - dengan mata kepala mereka sendiri. Dapat pahala beso tu - kan wak?

Wak: نعم [na'am] 

Man: Tapi wak... Saya nak berlainan fahaman.

Wak: Ek! Amacam ni.

Man: Orang2 senang buat kerjaker - lapah melapah tu! Taknyaler wak! Luka2 nanti terhiris tangan macam kes Nabi Yusuf tu!

Wak: Maka apa fikiran engko?

Man: Yang baiknya - kerajaan patut bandkan kerja qurban dikawasan masjid. Maka semua masjid2 dalam town tidak dibenar menyebelih qurban dimasjid2 mereka
1. ia mengotorkan kawasan masjid
- kalo sisa2 qurban tak dibuang habis2an
- akan tinggal bau yang tak sedap masuk ke hidung
2. sebaiknya - hantarkanler ke rumah sembeleh yang ada ditown
- profesonal yang buat kerja
- cara sembeleh terjaga
- ketepatan kehalalan terjaga

Wak: Hmmm... Dari segi itu molek juga tu - aku rasa. Bila rumah sembeleh yang buat. Jawatankuasa cuma bawa balik daging ajer ke mesjid. Selepas itu senang nak ageh2kan - agaknya. 
Lagi pun - seingat aku di Mekah sana pun - dah lama buat begitu. Sembeleh ditempat sembelehan - bukan dimerata2 tempat. Lain ler kampung yang tak ada tempat yang proper!

Man: Maka saya suggestkan wak!
- qurban di town. Buatler di rumah sembeleh.

Wak: Leh kalo town tu tak ada tempat sembeleh - amacam?

Man: Pihak masjid dengan kerjasama Jabatan Ugama dan Kerajaan Tempatan kenaler buat satu kawasan atau bangunan "sembelehan". Ituler cara kita menambahkan peluang pekerjaan orang orang. Dan boleh ler mereka menyara kehidupan anak-bini mereka. Tak gitu wak. Tambahkan peluang kerja...

Wak: Makanya dari masjid telah keluar ke seluruh kawasan. Hmmm... Islam memulakan pendekatan yang baik.... Mudah2an kebaikan semacam itu mula tersebar. Dawah berkembang. Walaupun iblis dan setan masih sentiasa mengasut ke kejahatan kepada anak Adam hingga kiamat...

خلص [khalas]

سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah

والحمدلله - walhamdulillaah
- dan pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- dan tiada tuhan menlainkan Allah sahaja

والله أكبر - wal laahu akbar
- dan Allah maha besar

والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi

Siri : 240531