Semiconductor
Submitted by tokchuk on Sat, 02/28/2015 - 18:46
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
Semiconductor
Mari kita belajar fenomenum Allah secara ringkas sahaja.
Tentang semiconductor!
Setelah kita sudah rasa selesa dengan fahamannya nanti bolehlah kita kaji secara lebih mendalam kalau ada masa.
Semiconductor: dibentuk dengan 2 perkataan
semi = separuh
conductor = bukan 'conduktor bas'. Tetapi maksudnya: pengalir electrik.
Ingat, wayer [wire/dawai] itu conductor yang baik untuk electrik.
Tapi, kayu atau getah dipanggil sebagai insulator. Penghalang kepada pengaliran arus elektrik
Jadi semiconductor boleh kita bayangkan sebagai satu benda yang berciri:
- boleh jadi pengalir atau
- boleh juga jadi penghalang
- ikutlah kepada keadaannya.
Maka dengan itu mari kita cuba fahamkan kerja semiconductor ini.

Rajah diatas menunujukkan konsep keadaan semiconductor.
Pada [Fig 1]
Ditunjukkan ada 2 ciri semiconductor yang jelas
1. P-type
2. N-type
1. Pada P-type semiconductor. Ianya Jenis POSITIVE. Ia mempunyai 'holes' [lubang/lompong]
2. Pada N-type. Ini jenis NEGATIVE. Ia mempunyai electrons.
Dan kemudian apabila batery dipasangkan
1. negative bateri dikenakan pada belah n-type semiconductor
2. positive bateri dikenakan pada p-type
Secara logiknya. negative bateri menolak negative electron. Tak mahu kawan. Pasang sejenis. Maka tertolaklah electrons dan bekumpulah mereka pada dinding tengah2
Begitu juga positive bateri lawankan dengan p-type atau positive atau holes. Maka holes semua dipaksa atau dipaksa ditolak pergi kedinding pertemuan p-type dan n-type.
Dalam keadaan ini kita katakan elektrik sudah boleh mengalir antara p dan n-type.
Pada Fig 2.
Bateri diterbalikkan.
1. Positve bateri dikenakan pada n-type. Oh ini geng dia. Jadi habis electron dari n-type tertark kedinding sebelah kanan.
2. Bila negative bateri pula dipasangkan pada p-type. Begitu juga juga. Ini pasangan dia. Jantan/betina langsung tertarik. Maka holes lari kedinding sebelah kiri.
Bila ini berlaku dinding tengah2 jadi seakan2 lebar. Dan manakan arus boleh lalu! Kerana sudah ada longkang besar disitu.
- Berbanding pada keadaan Fig 1. Longkang pembahagi sudah jadi rapat! Tapi pada Fig 2. Aduh sudah membesar keadaan longkangnya.
Pada Fig 3 ditunjukkan:
Diode adalah salah satu benda yang disebut sebagai semiconductor. Disini ditunjukkan cara mengira arus yang akan berlaku dalam litarnya. Untuk bahagian Fig 3, kita akan lihat kemudian nanti
Kesimpulan
Bahan semiconductor sekurang2
1. mesti ada p-type pada satu bahagian
2. mesti ada n-type disatu bahgian satu lagi
barang ini membuat diode
Jika ada 3 susunan. Maka Jadilah transistor. Nanti kita sambung dimasa lain!
الله اعلم بالصواب
Categories:
