Siapa tak makan bateri - DSLR atau mirrorless?

Man: 
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
 
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
 
Wak: 
وعليكم السلام 
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
 
Man: Wak! Saya nak tanya wak!
 
Wak: Leh! Apa pulak ni?
 
Man: Antara kamera mirrorless dengan DSLR. Kamera mana yang tak makan bateri wak?
 
Wak: Leh! Ikut logiknya mesti le DSLR.
 
Man: Apasal wak?
 
Wak: Kan aku kata logik!
 
Man: Ye ye ye. Apa logiknya.  
 
Wak: DSLR pakai bateri pada bahagian image processing-nya sahaja. Ini kalo engko guna range-finder yang tertengek di atas kamera tu. Sebab view-finder yang kecik tu tak guna bateri langsung.
 
Man: OK
 
Wak: Tapi bila engko guna screen 3 inci yang ada di belakang camera. Tak kira mirrorless atau tidak. Hah ini makan bateri.
 
Man: Ok. Pada asasnya DSLR yang hanya harapkan view-finder kecik. Selamat bateri. Bila pakai aje skrin 3 inci di belakangnya mesti pakai bateri. Maka nak jimat bateri. Pakai view-finder analog sahaja.
 
خلص - khalas
 
Wak: نعم - na'am. View-finder analog tak pakai bateri!
 
استغفر الله العظيم
- aku berlindung pada Allah yang agung
 
لا حول ولا قوة الا بالله العظيم
- tiada sekeliling dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah yang besar
 
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار 
Ya tuhan kami berilah kami didunia kebaikan dan di akhirat kebaikan dan simpangkanlah kami dari azab api neraka
 
والله أعلم
Allah yang paling mengetahui
 
في امان الله
- Dalam jagaan Allah
 
إلى اللقاء
- selamat bertemu lagi
Categories: