slack dimana?

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
 
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
 
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
 
اهلًا - ahlan
 
Man: اهلًا بِك - ahlan bik - Yaa Wak!
 
Saya rasa heran le wak!
 
Wak: Apasal.
 
Man: Saya selalu meninjau kedudukan korona di Malaysia.
 
Wak: Ye lepas tu.
 
Man: Yang saya pelik tu.  Data berapa orang disaring setiap hari telah padam!
 
Wak: Maksud engko?
 
Man: Saya nak tahu juga. Berapa orang setiap hari disaring. Dan berapa orang pulak yang positive. Saya perasan dari 8 Sept data itu dah lenyap.
 
Wak: Apasal engko nak tahu data itu engko?
 
Man: Melak saya. Kalo kita tahu berapa peratus dari saringan itu dipastikan terjangkit. Maknanya kita boleh jangkakan usaha kita kearah pencegah betul ke atau ogak2 je.
 
Katakan peratus harian yang terjangkit kekal 10%. Apa maknanya kan wak?
 
Wak: Itu macam membiokan kes reda sendiri? Tak ada usaha yang beul2 gigih?
 
Man: Satu lagi. Kes kematian pun tak ada berita sangat. Ikut rekod saya ia terhenti pada 15Sept. Pelik. Hari itu sebok kata selama ini kes rupanya banyak yang backlog. Apa benda ni. Ini menunjukkan lemahnya bahagian pemeriksan mereka juga. Kerja macam mana ni. Takkan dah dekat 2 tahun. Tak meningkat ke kepakaran mereka tu?
 
Wak: Aku tahu tahu nak komen amacam. Dalam keadaan serba canggih pun ada juga slacknya!
 
إنا لله وإنا إليه راجعون - innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun
- sesungguhnya kami dari Allaah dan sesungguhnya kembali kami kepadanya
 
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
 
والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah
 
ولا إله إلا الله - wa laa ilaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
 
والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar
 
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
 
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi