Solar vs Elektrik
Submitted by tokchuk on Tue, 04/14/2015 - 14:45
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu semua]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu semua jualah keselamatan]
Man: Wak! Saya nak buat satu pandingan dan saya minta wak sama2 beri pandangan wak.
Wak: Eleh engko tahu ke. Aku ni boleh bantu ke?
Man: Saje2 le wak. Kita fikir sama2 le wak!
Wak: Ok. Tentang apa ni?
Man: Dulu pernah saya cerita. Ada negeri tu suka pasang water heater pakai solar dirumah masing2.
Wak: Pas tu.
Man: Apasal negeri kita ni. Orang tak minat beno tentang pasang water heater pakai solar - matahari?
Wak: OK. Cuba kau kirakan. Mula2. Berapa agaknya harga satu "sistem solar heater" tu?
Man: Hari tu. Semasa terserempak. Saya tanya cina kedai tu. Dia kata dalam RM7,000.
Wak: Ok. Katakanlah sistem tu boleh tahan 15 tahun.
Man: Ok. Kita kira:
Harga = RM7,000
Tahan = 15 tahun
Harga setahun:
RM7,000 / 15 tahun
= RM467 setahun
atau
= RM467 / 12 bulan
= RM39 sebulan
atau
RM39 / 30 hari
= RM1.30 sehari.
Wak: Ok! Kalo kita pasang water heater pakai elektrik pulak. Harga mesin tu berapa?
Man: Kata le RM500
Kita pakai 15 tahun juga
Jadi:
RM500 / 15 tahun
= RM33 setahun
atau
RM33 / 30 hari
= RM1.10
Wak: Dia sedut elektrik berapa banyak?
Man: Antara 1,000 hingga 2,000watt
Wak: Biasanya orang mandi. Dalam sehari ada ke dalam masanya sejam. Atau kurang?
Jadi kalo 1,000 watt berapa sen elektrik?
Man: 1 kilowatt lebih kurang 50sen ke gitu je.
Wak: Maknanya, kita kena kira harga mesin dan harga elektrik
harga mesin = RM1.10
harga elektrik = RM0.50
jumlah = RM1.60 sehari
mmm
Nampak macam lebih kurang je. Atau lebih 30sen.
Man: Tapi kalo katalah mesin tu 2000 watt. Dah naik bill elektrik jadi
2kw = 50sen x 2
= RM1.00
jumlah masuk mesin
= RM1.00 + RM1.10
= RM2.10
Bandingkan bila kita pakai solar
= RM1.30
Jadi pakai matahari untung sikit. Sebab kita dah dump duit sekali je. Dan lepas tu. Lupakan selama 15 tahun.
Wak: mmm....
Tapi kalo dalam 15 tahun tu nanti. Harga elektrik naik.
Pasal TNB mesti ada akal nak untung lagi.
Maka dengan itu mesin heater matahari. Nampaknya boleh le berbaloi.
Man: Yang jadi masalahnya. Orang yang buat mesin solar ni. Bukannya berfikiran jariah. Asyik nak ambik untung je. Termasuk le dalam segala keadaan.
Kalo le dia orang ni ambil sikit untung je. Maka lebih ramai le orang pakai. Bila voume banyak dijual. Tentu untung pun naik. Sebab keluaran banyak. Untung pun naik berkadar terus.
Wak: Ya. Sebenarnya elektrik ke solar ke. Kedua2nya adalah rahmat pemberian Allah.
Cuba le kita sama berbantu2 dan sebarkan kebajikan. Maka semua umat manusia akan merasa kenikmatan yang tidak berkesudahan .....
Ya Allah. Jadikanlah kami ini dari kaum yang memang mengira tentang kebajikan kami antara satu sama lain.
Ya Allah. Jadikanlah kami berlumba2 mengerjakan kebajikan. Dan bukannya yang mementingkan diri sendiri di atas penderitaan orang lain.
Ya Allah. Tolonglah ubahkanlah hati2 kami yang jahat berubah jadi bik. Daripada hanya mementingkan diri kepada menjaga kebaijikan sesama kami.
Sesungguhnya kami takut akan nerakamu Ya Allah.
الله اعلم بالصواب
Categories:
