Solat sunat 5: Sunat witir

سم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
Solah sunat 5: Witir
 
Waktu: Selepas solat fardhu isha' dan sunat ba'danya
 
 
 
1/
- Dikerjakan dengan 3 rakaat sekali gus:
Niat:
 
اصلى سنة الوتر ثلاث ركعات لله تعالى
Sahaja aku sembahyang sunat witir 3 rakaat kerana allah taala
 
peringatan:
- Pada rakaat ke-2 tidak ada tahiyat awal
- pada rakaat akhir ke-3 seperti biasa, ada tahiyat akhir
 
2/
- dikerjakan 2 + 1
 
Niat untuk 2 rakaat
 
اصلى سنة الوتر ركعتين لله تعالى
Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana Allah taala
 
sempurnakan sembahyang witir 2 rakaat
 
- kemudian bangun dan kerjakan solah sunat witir 1 rakaat
 
Niat:
اصلى سنةَ الوترِ ركعةً لله تعالى
Sahaja aku sembahyang sunat witir 1 rakaat kerana allah taala
 
Kesimpulan:
 
- boleh dikerja 1 rakaat sahaja
 
- boleh dikerja 3 rakaat dengan 2 cara:
-- sekali gus, 3 rakaat
-- 2 rakaat + 1 rakaat
 
والله اعلم بالصواب
Categories: