Surau? Masjid?

Man: 
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]
 
Wak: وعليكم السلام 
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
 
Man: Wak! Kali ini saya nak beri sikit pandangan saya wak! Amacam! 
 
Wak: Hah! Apa pulak cerita baik yang engko nak cakap ni?
 
Man: hmmm....Ada yang baik. Dan ada juga yang menggigilkan....
 
Wak: Ok teruskan...
 
Man: Satu hari. Saya terpergi-ler ke satu surau tu untuk sembahyang subuh berjemaah...
 
Wak: Alhamdulilah. Semoga Allah memberikan engko berkat, rahmat dan kekuatan iman sehingga ke mati...
 
Man: Mula ceritanya begini. Setelah lama azan dilaungkan. Maka si-bilal pun bangun iqamat. Kemudian dengan senyum dia menoleh kebelakang. Dia nak menyerahkan mic pada saya. Nasib baik. Kawan yang datang bersama saya ada sekali. Dia ni fasih dan pandai mengaji. Jadi saya isyaratkan pada dia. Tak banyak songel maka dia pun ke depan. Kalo tak! Saya juga-ler yang kena agaknya. Kalo gigil wak...
 
Wak: Syukur alhamdulillah yer! Itu semua adalah gerakan Allah. Kalo tidak. Mana-ler orang surau tu nak tahu. Rupanya ada didalam jemaahnya tu. Ada orang yang fasih dan layak menjadi imam ganti bila2 terdesak!
 
Man: Untuk keadaan sebegitu. Ada pula seorang kawan saya tu mencadangkan!
 
Katanya. "Apa kata. Kalo imam sebenarnya tu. Lepas aje sembahyang. Tiap2 hari dia volunteer mengajar jemaah yang hadir:
untuk bab nak jadi imam.
- iman ajar mereka melancar membaca ayat2 lazim dari fatihah hingga-ler ke-surah yang mana2 patut.
- esok2nya bila dah lancar. Ajar pula mereka menghafal ayat2 lazim tu
- kemudian kena juga siapkan buku kecil untuk doa2 selepas sembahyang. Yang ini pun dia ajar sampai lancar
- setelah ada-ler beberapa orang yang dah ada bakat. Latihkan mereka menjadi iman standby
untuk bab nak jadi bilal pulak.
- rasanya. bab ini tak-ler sesusah mana. Cuma kena jaga suara dan lagu jer
- kaedah lesson-nya. Buat-ler seperti bab imam tu juga.
- bila dah ada yang berbakat. Minta-ler orang2 yang berani. Jadi bilal gantian betul. Ini cuma nak bagi confident dan keberanian pada mereka2 tu"
 
Gitu-ler kawan saya tu cakap.
 
Wak: Molek juga cadangan tu. Tapi dalam banyak2 jemaah tu. Siapa-ler yang nak ikut sama?
 
Man: Eleh buat jer-ler kelas yang macam tak formal sangat. Buat macam dalam relak2. Suka2. Gelak2. Dan jangan menakut orang. 
 
Wak: hmmm.... boleh pakai tu. Tapi nanti bila betul keadaan dimana kena jadi imam atau bilal gantian. Apa-ker diberi elaun-ker?
 
Man: Kira volunteer ajer-kan!
 
Wak: Aku rasa2 ler. Cuba kita fikirkan. 
 
- Bila kita buat ajer kebaikan. Allah bagi kita 10 darjah lebih dari yang kita buat. 
- Kemudian Allah juga dah tunjukkan. Dia beri air zam2 yang banyak khasiatnya pada sesiapa ajer yang masuk ke  masjildi-haram. Dapat hadiah lagi tu. 
 
Lepas tu kita ni buat tak peduli jer pada contoh2 yang dah ditunjukkan itu?
 
Man: Leh! Benak rupanya kita ni! Hmm....Jadi rupanya kena-ler kita bagi imbuhan pada sesiapa yang volunteer buat kerja kebaikan tu ya Wak?
 
Man: Ye-ler tu. Masuk-ler imam yang mengajar tadi. Bilal yang terlibat pun kena juga-ler. Yang belajo? Cuma tak-ler sebanyak mana yang Allah ganjarkan. Kita bagi-ler lebih kurang jer. Mungkin kena bagi berkadar kepada elaun imam atau bilal yang bertugas tu. Hah ntah berapa-ler kalo dikira!
 
Man: Bagus juga tu wak! Jadi maknanya kalo hari itu yang kawan saya  tu terserempak. Patutnya kawan saya tu boleh dapat ganjaran-ler. Ini cuma ganjaran Allah ajer. Dai pihak manusia pula. Belum tercapai.... 
 
Wak: Dah melepas-ler tu.... Seba orang surau tu pun belum lagi buat sekim yang kita bincangkan tadi. 
 
Man: hmmm... cuma pahala ajer-ler untuk si-kawan tu tadi. Tentu banyak tu! Sebab dia dah baca surah tengah2 quran. Kemudian doanya pun panjang pun. 
 
Wak: Aku rasa-ler. Dalam hal semacam surau atau masjid. 
 
- Molek juga rasanya dipanjangkan pada sembahyang mayat. 
- Sembahyang hajat. 
Kerana aku rasa. Ini tak-ler membebankan. Sebab dalam dua2 bab itu. Ia cuma melibatkan membaca buku kecil untuk doa dengan lancar kalo tak hafal.
 
Gitu juga pada bab yasin, tahlil dan doa. Latihan pada siapa yang mengetuakannya pun kena lancar dan betul sebutannya. Tak hafal baca jer buku kecik tu.
 
Man: hmmmmm....iye. Bila keadaan ini tercapai. Nanti ada-ler backup yang boleh mengambil aleh tugas tersebut dalam keadaan2 yang tertentu tu. Tapi... Berapa orang-ker yang agaknya yang boleh kedepan tu?
 
Wak: Apa yang aku perasan. Kalo-ler ada 10 orang yang hadir berlatih. Mungkin 30% jer yang boleh. Jadi maknannya 3 orang-ler.
 
Man: Hmmmm... Saya rasa. Walaupun dah dapat 3 orang. Mungkin program ini kena buat sessi susulan sepanjang hayat. Sebab yang ada akan mati. Pengganti mesti dipenuhi....
 
Wan: Ye gitu-ler harapanya.... 
 
Ya Allah! Jadikan kami ini dari kaum yang suka dan sangat2 mengambil berat tentang hal ahli kami dan juga saudara anak juga ya Allah. Jadikanlah kami suka dan sanggup bekerja tungkus-lumus untuk menjadikan kebajikan perkara penting bagi kaum kami dan mengembangkan syiar islam sebagai perintahmu ya Allah. Jadikan juga kami ini kaum yang sentiasa mementingkan supaya rezeki engkau sampai kepada setiap ahli kami dan anak Adam amnya ya Allah.
 
الله اعلم بالصواب