tadah tangan ajer ker?
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Man: Wak! Apa kata wak kalo saya kata:
- Ada sesetengah orang tu - suka meminta2. Suka menadah tangan. Tak ada muka ker - tak malu ker dia wak?
Wak: Meminta2. Ah! kan itu kerja mudah. Bukak mulut.... Sedang diteliganya bergayut2 dan berbisik setan. "Minta2 - pada orang itu - boleh tu boleh tu. Boleh dapat punya tu...
Tapi ini kes diatas tu memang ler betul. Allah pun suruh kita tolong.
Tapi kalo kita dah ada kederat ada keupayaan. Jangan buat macam tu! Jangan cuma menadah tangan. Melainkan dah tak terdaya sangat2. Sampai dah tak tertahan. Umpama hidup dan mati!
Man: Tak faham ler wak! Wak kata:
1. Ada kes memang kita kena bantu.
2. Ada pulak kes - kita tak boleh menadah tangan begitu saja.
Confused wak!
Wak: Aku nak sebut sikit ajer. Kemudian engko buat ler conclusion sendiri.
Soalnya:
1. engko ada akal? Allah dah beri dari diberanakan sampai beso
2. engko dah gunakan akal engko sepenuhnya?
3. dan - ada ker engko sentiasa ingatkan Allah?
4. engko dah kaji ker apa yang Allah kata: "setiap makhluk telah siapkan rezekinya!" ... apa tu?
Man: Hah ini ler yang saya tergolek2 tak dapat2 nak fahamkan pointnya didalam otak saya ni wak!
Wak: Gini! Engko dah fikir panjang! Engko dah kaji sampai tergolek! Kemudian engko dah dengo ini:
Daripada Abu Sa’id Al-Khudrie R.A beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. (Hadis Riwayat Muslim)
Man: Ini cerita pada menghalang "kemungkaran" tak gitu wak. Bukan cerita tentang - menadah tangan meminta2 wak!
Wak: Tapi ingat. Bila engko menadah tangan. Tentu hati engko mesti akan berdegup : "Ini memang sedap oooo!" Dan ditambah pulak - lagi2 mulut engko akan senantiasa meratib - "ini saham akhirat - beri beri beri. Syurga menanti engko ni..."
Tapi - ada ker engko ambik pot pada orang yang memberi. Terpaksa ker. Atau tak terfikir ker engko pulak - ada ker hatinya akan berkata - entah2: "asyik2 muka engko jer yang menadah! Asyik2 nak fikirkan diri sendiri ajer. Hati orang - tak mahu tolong fikirkan ker? ..."
Man: Iyer ler wak! Memang ler wak. Kita pun terfikir- mula2 kita bantu. Yang kena dibantu - mesti pulak menunjukkan kesungguhan yang dia boleh bergerak selepas itu. Tanpa bantuan kita lagi. Tadi dia meminta kerana terdesak. Tak ada ker nak membalas balik...!
Wak: Mmm... islam tu seumpama semut. Bantu membantu ler sehingga timbul busut entah dimana2. Boleh jadi beso tu. usaha beramai2! Kemudian kalo engko ingat! Kan banyak kali Allah kata: Manusia ini species yang hanya nak kesenangan dunia ajer. Senangkan diri sendiri semata. Seperti - melepaskan pucuk masing2. Pada yang lain - gasak masing2 ler. Kan itu namanya: dah termakan hasutan setan.
Man: Mmmm.... mengeluhlah kita seumur hidup kita iyer wak .... mmmmm.... Buat salah. Tak buat salah...
Wak: Jangan! Senantiasa ingatkan Allah. Allah suruh kita jadi khalifah. Maka usaha usaha usaha macam semut. Kalo Allah mengkehendaki. Kun fayakun!
خلص
استغفر الله العظيم
لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah
سبحان الله
- maha suci Allah
والحمدلله
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah
والله أكبر
- Allah amat besar
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi
240829