tahun berlalu - gitu ajer ker?
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم [Kesejahteraan ke atas kamu] wak!
Wak: وعليكم السلام [Dan ke atas kamu juga keselamatan] - engko!
Man: Wak! Kan kita ni asyik ajer bercakap kosong - kan wak?
Wak: Apa maksud engko hah!
Man: Bila kita jumpa. Kita berborak. Kita berborak yang tak pergi kemana pun kan wak? Kalo sekarang gitu. Kemudiannya pun gitu juga. No improvement!
Wak: Aku rasa - kita ni cuma nak melatih otak dan melatih mulut. Kan ada yang dah sebut gitu - banyakkan bercakap! Kalo tak senyap sunyi ler kita. Idea buntu. Otak kering! Mulut pun kering. Sampai pecah2! Perkataan pun banyak yang dah lupa!
Man: Leh! Otak diberi untuk berfikir. Kalo ada kederat lepas tu - buat. Kalo tak terlarat - harap2 ada orang yang terdengo dan dia pulak mula ambik peduli dan buat. Menguit ler sikit. Tak peluk tubuh! Tak gitu wak?
Wak: Melak2nya gitu ler hendaknya. Ya Allah berikanlah kebaikan kepada seluruh anak Adam dari kini hingga akhirat!
Man: آمين يارب العالمين
Gini ler wak!
Wak: Iyer abendanya tu?
Man: Ada orang viral : eh ada banyak benda yang kita lalui dalam hidup kita ni - banyak yang tak halal!
Wak: Leh kesana pulak!
Man: Memang ler wak. Dah ada yang megah: Eh! barang2 itu dan ini - najis dah bercampur - dah jadi benda2 haram! Haram mughallazah - مغلظة
Wak: Berat tu! Hah! ini ler yang kita tak mau dalam hidup ni. Hidup bergelumang penuh dengan benda2 yang tak halal. Walaupun Allah suka mengampuni kita kalo kita tak tahu. Tapi tak menguit? Pihak2 yang tertentu tak nak pahala?
Man: Yang saya sedih tu. Bila sesuatu tu sampai ke kita pengetahuan kita. Kita nak buat amacam. Sepesen macam apa yang kita berborak selama ini - cakap kosong. Satu benda pun tak buat. Berbuit mulut. Masalah tak settle2!
Wak: Bila orang yang viral tu memulakan sesuatu. Ada dia buat follow up?
Man: Kalis! Sedap mulut ajer. Nak buat provokasi entah abenda.
Wak: Ada dia buat research. Betul ker apa yang dia cakap tu.
Man: Pun kalis wak. Main sedap cakap ajer. Ada internet semata2 untuk menyebar berita sensasi. Tak ada pun usaha2 nak buat research selepas jumpa sesuatu yang mengecewakan!
Wak: Leeh. Mengabiskan beras. Takkan kita nak jadi bangsa mengikut jer sepanjang zaman. Macam lembu cucuk hidung. Dulu boleh ler masa zaman kereta lembu. Tapi ada yang cerdik tak nak siksakan binatang. Dicarinya alternatif lain. Jadi ler seumpama basikal. Lama2 jadi ler kereta berenjin.
Man: Itu semua diusahakan oleh bangsa selain dari orang kita wak! Bangsa kita ni... Cakap berdegar2. Dah tuhan adakan internet tak mau pakai. Eh - giler pakai. Tapi... Dah di wujud AI - artificial Intelligent. Kita juga tak nak jadi orang yang ber-intelligent. Memang suka duduk bersenang2, berpoya2 - tak nak buat sesuatu pun. Tak nak - nak naikkan nama islam. Tak mau berkuit pun wak!
Wak: Banyak kesalahan kita ni. Bukan kita tak tahu. Tapi ... macam cerita P Ramlee.
Man: Itu... tahun berapa tu wak! Mmmm... Tak apa improvement!
Wak: Aku sampai dah nak mati ni. Tak nampak apa2 yang menyedapkan hati. Apa aku nak jawab dalam kubur tu. Nak harapkan berbelas ikhsan Allah ajer...
خلص
استغفر الله العظيم
لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah
سبحان الله
- maha suci Allah
والحمدلله
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah
والله أكبر
- Allah amat besar
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi
241104
