Tak tahu apa jadi esok lusa .....
Submitted by tokchuk on Sat, 11/16/2013 - 09:40
Man: بسم الله
Wak: بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
Man: Hari ini kita sihat. Esok lusa, kita tak tahu!
WaK: Hendaknya kita bersangka baik je le. Susah sakit itu sebagai peringatan pada kita dari allah.
Man: Ya! semasa sihat kita lupa, suka berlagak. Mementingkan diri sendiri. Orang lain minta tolong pun kita tak nak liat nak menolong. Tapi bila kita dah sakit, terbaring tak bergerak. Apa pun tak boleh nak buat apa. Mana kata ilmu yang katanya teror melangit. Habis ditarik balik oleh allah. Terkebil2 le kita sendirian.
Wak: Benda inidah pun dilkata dalam quran.
- ada orang dibiarkan dipanjangkan umor tetapi pemikirannya dibalikkan sehingga menyamai seperti umornya seperti semasa awal - bodoh, tuli dan nyanyok
Minta dijauhkanlah kita daripada keadaan ini. Untuk itu maka baca quran dan kajilah ilmu ugama ...
Ya allah janganlah kau jadikan diakhir hayat kami tidak lagi meneruskan keabdian kami kepadamu ya allah. Kami mohon sihatkan dan tingkatkanlah pemikiran kami dengan graf yang meninggi setiap masa ya allah. Engkaulah yang maha besar. Engkaulah maha pengampun. Engkau tempat harapan kami ...
الله اعلم بالصواب
Categories:
