Tasbih

Man: Saya nak tanya lagi wak!
Wak: Silakan.
 
Man: Pasal apa bila orang tu bertasbih mesti pakai tasbih? Kan senang kalau pakai jari je. Contohnyalah: 
- bila kita nak baca alhamdulliah 33 kali. 
- guna jari dengan sebelah tangan sahaja
- 1 tangan ada 5 jari. 
- 1 jari ada 3 kerat 
- cuma ibu jari ada 2: jadikan 3 jugalah
- jadi: sekali pusing dengan 10 jari jadilah 30. Tambah sahaja 3 lagi - cukuplah 33 kali
- 'kan tak perlu tasbih! menjimatkan!
Wak: Memang betul. Tapi mungkin orang tu mempunyai sebab. Dengan tasbih - pengiraannya lancar. Boleh kata kurang nak salah. Tapi dengan jari pula mungkin kita terleka dan tersalah. Kena tak pasti pula mana berhenti jadi  kita kena ulang sekali mana2 yang dirasa patut. Dengan tasbih tak jauh sangat lari. Jadi kalau nak kira ratus2 tasbih pun akan jadi masalah balik. Kena tukar pun pakai counter!
 
Wallahu'alam