Tercabar ooo ...

Man: بسم الله
Wak: بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
Man: Wak! saya rasa chatting kita ini, semacam -tanya le ustaz- diTV tu kan? Jadi kita ni tiru dia le agaknya!
Wak: Tiru pun, kata le! Aku tak risau sangat! Tapi aku rasa le, kita ni kan berbual2 perkara umum je, namun ada substance!
 
Man: Ooo.
Wak: Sedangkan di TV tu, dia setkan pada satu2 subject aje. Kemudian mula le orang bertanya kiri-kanan apa2 yang rasa2nya perkara yang orang selalu bertanya - FAQnya. Aku rasa le sementelah TV itu ada audiencenya yang besar biar le sesi dia tu buat macam sekolah betul2. Iaitu satu2 topic yang dibincangkan itu mesti bermula dari:
- background
- teori
- method
- issue dan cara mengatasinya
- soal-jawab
dan soal-jawab ini pula boleh 1 hala atau sebaiknya 2 hala
 
Man: Ada contoh?
Wak: Ooo. Susah le ni kalau cara impromptu begini. Ooo gini je le. 
Kita ambil bab taharah - bersuci.
background - oo banyak! Tuntutan ugama. kepentingan manusia sejagat. Tindak balasnya
teori - dengan air, batu dll
metohd - tertib yang dicadangkan
problem/mengatasi - kalau tak ada air atau tak boleh kena air, amacam?
soal-jawab - menanyakan tentang kefahaman 
lebih kurang gitu le ...
macam dalam sekolah. Jadi maknanya yang duduk didepan tu kena ready habis2an. Tak boleh lagi dangan cara melepaskan batuk ditangga. Hanya ambil FAQ aje. Tidak mendalami isi sebenar .... ya allah jadikan lah kami ini umat yang berilmu tinggi bukan sekadar belajar sambil lewa sahaja dan hanya bertanya ini dan itu yang cetek sahaja ....
 
والله اعلم