Tinjau semula Bitcoin!
Submitted by tokchuk on Mon, 12/02/2019 - 21:38
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
Bitcoin lagi!
Sebelum berakhirnya tahun 2019. Ada baiknya kalau kita tinjau kembali apakah perkembangan Bitcoin sehingga kini.

Graf menunjukkan perkembangan keseluruhan bagi harga Bitcoin setakat ini.
Di sini kita nampak bahawa Bitcoin telah melambung2 harganya sehingga sekitar USD18K diakhir tahun 2017.
Selepas itu harganya menurun.
Kemudian di pertengahan 2019 harganya naik lagi setelah susut. Tetapi kali ini hanya mencapai setakat USD12K.

Graf sepanjang tahun 2019.
Di sini kita lihat bahawa setelah harganya mencapai USD12K ia menurun lagi sehingga paling rendah ialah USD6.5K pada bulan November ini. Sekarang ini pula ia mula naik balik sehingga ia berada pada sekitar USD7.2K

Graf 6 bulan terakhir
Apakah yang akan berlaku seterusnya? Allah sahaja yang maha mengetahui.
ما شاء الله
سبحان الله
لا حول ولا قوة الا بالله
Categories:
