Tukar atau repair?

S1. Bilik air saya bersebelahan bilik tidur. Memang inilah yang sudah jadi standard zaman ini.

Yang menjadi masalah saya ialah:
Sekali sekala saya terdengar paip air mengeluarkan airnya dengan tiba2. Nasib baik saya ada letakkan baldi dibawahnya. Kalau tidak! Sayang! Membazir air tu.

Soalnya apa mesti buat? Repair atau ganti?

J1. Aduh! Soalan awak pendek saja tapi siap dengan intro sekali!
S2. Ialah saya rasa nanti awak tak perlulah soal saya entah apa2 lagi yang saya tak faham.

J2. Bukan begitu! Kalau saya nak sesuatu saya akan tanya. Dan perkara itu mestilah perkara yang berkaitan sahaja. Yang lain saya takkan tanya.
S3. Ok boss! Macam tuan hakim mahkamah pulak. Bila soal mesti jawab 'ia' atau 'tidak' je. Macam robot. Tak ada perasaan langsung. Ooo! Maaf! Terlanjur! 

Ok! Repair atau ganti?

J3. Buatlah pertimbabgan berdasarkan perkara berikut:

Kalau hendak repair:
1. awak sudah ada tools
2. boleh dapat spare part
3. harga spare part bagaiama?
4. lepas repair mesti ada 'period observation'nya pula!

Tetapi untuk tukar yang baru atas sebab:
1. kalau harga repair sudah dekat dengan harga baru
2. barang yang varu tu lebih baik dari yang lama
3. masa observation lebih pendek

S4. O bagus! Tapi awak 'dah bagi saya keadaan yang saya kena pertimbangkan. Macam mana ni? Lagi memanjangkan masa! Tadi lagak macam jawab 'yes/no' sahaja. Tapi sekarang 'dah kata - pertimbangkan!
J4. Ooo saya pun dah terikut2 dengan keadaan awak juga tak? Hahaha ...

S5. Patut buatlah penyelesaiannya macam Nabi Ibrahim masa melawat anaknya Ismail diMakkah yang minta hanya dapat berjumpa dengan isteri anaknya langsung dia meninggalkan pesan ... "Tolong sampaikan pesananku pada suamimu supaya menukar pintu depan ni..." - buatlah macam tu. Direct! eleh... oo maaf!
J5. Betul juga! Nampak saya 'dah terikut2 style awak tadi!

Wallahu'alam

Categories: