Tukar bateri kereta
Submitted by tokchuk on Thu, 04/16/2015 - 14:43
Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu semua]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu semua jualah keselamatan]
Man: Wak! Sekarang saya nak tanya wak tentang bateri kereta pula!
Wak: Oh oh, mana le aku tahu tentang bateri ni. Adosss.....!
Man: Kan bateri ni teknoloji yang dah berzaman. Yang saya tahu ia muncul sejak 1880 lagi atau sekitarnya. Ooooo lama dah tu. Jadi wak patut tahu ni. Sikit pun jadi le.
Wak: Malu aku bila engko kata begitu. Betapa aku telah membiarkan teknoloji tanpa dimasukkan ke dalam otak. Maka patut le kita ni dimain2kan orang lain.
Man: Ok wak, tak apa. Saya nak tanya yang wak boleh ingat je.
Ok. Bila beteri kereta tu penuh berapa volt wak?
Wak: 12.7 volt. Ini yang aku ingat.
Man: Ini sudah bagus! Dan bila dia flat, berapa volt?
Wak: 11.7volt. Aku hafal yang penuh kemudian tolak je 1 volt. Dapat le 11.7volt
Man: Ini dah cukup le wak.
Maknanya kalo 50% bateri tu mesti dalam, mmm tolah 0.5 volt jadi le
12.7v - 0.5v = 12.2volt
lebih kurang je le.
Ok. sekarang baru le saya tahu wak...
Wak: Apa dia?
Man: Semalam saya beli bateri baru. Maka dengar gembiranya saya pun pasang le pada kereta. Aleh2 bila start tak mahu dia hidup. Tak ke susah hati dibuatnya.
Wak: Engko check tak voltage-nya.

Man: Ya. Dalam 12volt.
Wak: Tadi engko kira 12.2volt tu 50%. Jadi engko beli bateri 50% je le. Satu lagi. Engko tengok tak berapa voltage bateri tu bila engko crank engin kereta?
Man: O nasib baik ada.
Wak: Apa engko nampak.
Man: Bila saya crank je engine maka jatuh voltage sampai ke 3 atau 4 volt. Aduh... lemah betul bateri ni.
Wak: Betul le tu. Bateri baru tu tak cukup power. Jadi engko pulangkan balik pada cina tu?
Man: Dah tutup kedai wak. Petang sangat. Jadi nasib baik juga le saya ada battery charger. Maka mengecas le saya sampai pagi esoknya.
Wak: OK?
Man: Dapat le voltage 12.7volt dan hidup le kereta seperti biasa!
Wak: Alhamdulillah.
Ya Allah engkaulah yang sungguh pemurah. Engkau berikan pada umat manusia berbagai ilmu untuk kebajikan sesama. Tetapi kami sahaja yang tidak mahu mengingatinya supaya memudahkan kehidupan kami. Maka dengan itu ya Allah terangkanlah hati kami dan kuatkan ingatan kami untuk mengingat segala ilmu yang kamu telah tunjukkan kepada umat manusia ini sebagai kesejahteraan kami hidup didunia ini.....
الله اعلم بالصواب
Categories:
