Tunggu sahaja?
Submitted by tokchuk on Wed, 10/30/2013 - 17:46
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
Banjir
setiap hujung tahun datanglah musim hujan. Dengannya berserta bah. Ada kalanya bah akan menjadi bah besar. Banyaklah tempat disekitar sungai2 habis ditenggelami air.
Mungkinkah, dengan turunnya air yang begitu banyak itu, Allah menyuruh kita menyimpannya untuk kegunaan dimasa panas?
Jika benar air lebihan ini perlu disimpan, terpaksalah pihak2 berkenanan mengadakan kajian yang cukup:
- angarkan berapa banyak air yang turun
- bagaimana jumlah air yang banyak itu boleh disimpan
- berapa lama pulalah air itu boleh bertahan
- berapa banyakkah kos yang terlibat
Tetapi apa pun, sebelum satu projek besar dibuat, usaha sepanjang waktu perlu dibuat sekurang2nya untuk meredakan kesan bah, supaya ia tidak sangat menyusahkan kehidupan manusia.
Sesungguhnya kita perlu juga berfikir:
- berapakah kos yang perlu ditanggung selepas bah
- tidakkah kos yang sama atau sebahagiannya itu kalau digunakan untuk aktiviti preventive boleh mengurangkan kesan bah. Atau kita hanya menunggu sahaja sehingga datangnya bah yang berulang2 hingga mati?
والله اعلم
Categories:
